Saturday, November 8, 2014

Result Temuduga Penguasa Kastam dan Exam Online PTD

Alhamdulillah saya telah melalui ujian temuduga di Putrajaya bagi jawatan Penguasa Kastam pada 18/10/2014 yang lalu...kebetulan kena pada hari sabtu...saya berasa sangat lega kerana tidak perlu mengambil cuti pada hari weekday yang sudah tentunya sibuk dengan urusan kerja...pada pagi sabtu tu,saya bertolak awal dari rumah yang terletak di Rawang...sebaik sahaja sampai di Putrajaya, kami terus mencari tempat temuduga sebagaimana yang diberitahu melalui email dan laman web SPA...agak mudah mencari bangunannya kerana en hb dah pernah datang ke tempat tu sebelum ni....wisma perbendaharaan dan wisma kastam...walaubagaimanapun, kami tersilap tempat pada awalnya kerana ingatkan di wisma perbendaharaan,tetapi bukan dan ianya di wisma kastam...tempatnya bersebelahan cuma kena berjalan kaki sikit sebab dah parking di wisma perbendaharaan....

ada empat lima orang seperti saya yang tersilap tempat...tapi mujur la kami sempat mencari wisma kastam...saya dijadualkan temuduga pada pukul 8.30 pagi tetapi telah terlewat dekat pukul 9.00 baru sampai di tingkat 2 wisma kastam...sesampainya saya di tingkat 2 terus bagi dokumen yang dikehendaki beserta kp untuk disemak di kaunter pendaftaran...saya mendapat angka giliran no 12 bilik no 2...sebaik sahaja mendapat no giliran saya diarahkan duduk ditempat menunggu...ada dua bilik temuduga bilik no1 dan bilik no 2...kelajuan angka giliran bagi bilik no 2 adalah sangat tinggi...sekejap sahaja no saya dipanggil anggaran dalam pukul 10...tidak lama saya menunggu di luar bilik bersama calon calon yang lain...memang saya berharap agar cepat dipanggil kerana tidak sabar menunggu dengan perasaan cemas dan berdebar debar....

tiba giliran saya, pintu diketuk dan saya masuk ke dalam...bertemu dengan dua penemuduga yang kedua duanya perempuan...disuruh berdiri dan memberi 'ceramah' tentang GST dalam BI...agak gugup kerana tiba tiba saya 'hilang' idea untuk bercakap...kemudian saya diarahkan duduk dan menjawab soalan dari panel...soalan adalah berkisar tentang GST dan kastam...anggaran sesi temuduga saya tidak lama dalam lingkungan 10 minit...sebaik sahaja tamat sesi temuduga saya merasakan satu kelapangan...harapan saya untuk mendapat jawatan penguasa kastam pada masa tu ialah 80% kerana saya merasakan panel mencari calon yang mempunyai ijazah perakaunan...namun, saya agak sedikit down apabila panel menanyakan BMI yang sudah tentunya tidak melepasi syarat menjadi anggota unit beruniform seperti kastam...

begitulah kisah temuduga penguasa kastam saya di putrajaya yang lalu...untuk pengetahuan pembaca sekalian...ini adalah kali kedua saya temuduga dengan pihak SPA...kali pertama dahulu jawatan penolong akauntan W27 di Kuantan pada tahun 2012...walau apapun semuanya pengalaman buat saya...

Result penguasa kastam ni keluar pada 03/11/2014 yang lalu, sebaik sahaja saya menduduki peperiksaan online untuk PTD...saya menerima kedua dua result tersebut dengan hati yang terbuka...mungkin belum rezeki saya untuk bekerja dengan pihak kerajaan....

walau apapun...hidup perlu diteruskan seperti biasa...mencari nafkah dan rezeki di Adabi ni...sampai bila saya di sini...wallahualam...hanya masa yang menentukannya...

saya mempunya cita-cita untuk menjadi WAHM,SOHO dan yang seumpamanya....mungkin dalam tempoh lima tahun akan datang...


Plate kereta punya pasal....

Sekarang ni heboh pasal semua kenderaan bermotor hendaklah mempunyai no plate yang menepati piawaian JPJ agar tidak dikenakan saman sebanyak RM300.00...saya pun tidak terkecuali untuk menukar no plat kenderaan myvi kesayangan saya...

hasil dari google pasal no plat kenderaan ni...jumpa la spesifikasi yang dikehendaki oleh JPJ seperti di bawah ni...
walaupun plat no myvi saya dari yang asal semenjak saya beli pada tahun 2007...no plat tetap kena tukar sebab tidak mengikut piawaian yang JPJ tetapkan...

Friday, October 17, 2014

Esok Temuduga Penguasa Kastam

Minggu ni saya agak bizi dengan kerja...esok dah menghampiri ke hari temuduga...saya tidak banyak dapat masa untuk study tentang GST dan kastam...cuma join group kat fb yang memberi banyak maklumat tentang interview tersebut...kelmarin saya baru saja habis training UBS GST selama dua hari di kl sentral...seronok jugak dapat pergi training tu...alhamdulillah,syarikat bagi peluang untuk staff yang akan terlibat secara langsung dengan GST...dapat lah sedikit sebanyak info tentang UBS GST ni...

selepas ni mungkin ada lagi training seperti itu daripada pihak HQ...diorg kene buat training macam ni memandangkan syarikat saya bekerja memang terlibat secara langsung dengan barangan GST ni...

pada pendapat saya, GST tidak lah menyusahkan malah menyenangkan banyak pihak...mungkin untuk permulaan ia akan nampak susah dan terlalu banyak dokumen yang perlu disediakan...bagi saya tempat saya bekerja memang nampak susah pada mulanyan nanti...tetapi selepas ianya dipraktikkan...harap ianya dapat memudahkan banyak pihak terutama pembeli dan penjual...

 

Friday, October 10, 2014

WAHM...SAHM...SOHO...



Saya amat tertarik dengan wanita bekerjaya yang sanggup berhenti kerja tetap semata-mata mahu menumpukan kepada menguruskan keluarga, melihat pembesaran anak anak di depan mata dan sentiasa menyambut kepulangan suami di rumah dengan senyuman dan masakan daripada air tangan sendiri...sebenarnya saya juga bercita cita mahu menjadi seperti mereka...saya mahu bebas bekerja mengikut masa sendiri dan juga dapat menjana pendapatan sendiri hanya dari rumah...

saya mendapat idea untuk membuat blog ini pun hasil daripada membaca pelbagai artikel berkenaan menjana wang dari rumah dari blog Masayu Ahmad. Saya memang tertarik dengan pelbagai artikel daripada anak didik beliau yang terhasil daripada Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)...saya juga telah membeli buku Menjana Wang Dari Rumah hasil tulisan beliau. Panduan Jana Wang Di Rumah

Di dalam buku tersebut ada ditulis mengenai panduan untuk menjana wang dari rumah...bagaimana ingin memulakan pendapatan sampingan dari rumah...cabaran yang akan dihadapi dan perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum menjadi suri rumah yang boleh menjana pendapatan dari rumah....dalam buku tersebut juga ada menulis tentang definisi WAH (Work at Home Mom)...SAHM (Study at Home Mom) dan juga SOHO (Small Office Home Office)...

Nanti saya nak share kat blog ni tentang banyak lagi artikel tentang menjana wang dari rumah...

 

Wednesday, October 8, 2014

Temuduga Penguasa Kastam W41


 Alhamdulillah....saya berjaya di dalam exam online seperti di dalam catatan di sini...sekarang tengah pulun study untuk temuduga pula...memang berdebar juga sebab dah lama tidak hadiri temuduga dengan gomen ni...seingat saya kali terakhir saya interview gomen pada tahun 2012 temuduga penolong akauntan gred W27...saya kena buat persiapan lebih sikit untuk temuduga kali ini memandangkan jawatan nya nampak gah skit...hehehe...penguasa kastam memang termasuk di dalam favourite list saya masa isi borang untuk apply jawatan di laman web spa...yang pertama semestinya akauntan..diikuti juruaudit...pegawai tadbir dan diplomatik dan seterusnya jawatan gred W...

saya nak kumpulkan info tentang temuduga penguasa kastam di blog saya ni...nanti saya akan update dari semasa ke semasa info mengenainya...saya juga ada join grup kat group fb penguasa kastam mengenai calon calon yang akan ditemuduga untuk jawatan penguasa kastam ni...banyak info boleh dapat kat situ....

nanti saya share semua info ttg calon yang dah ditemuduga di sini...untuk rujukan saya juga yea...
















 

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 

Friday, October 3, 2014

Sticker Kalimah Allah + Muhammad + Bismillah...

Saje nak share dengan semua tentang sticker Kalimah ni...tetiba saya tertarik dengan sticker ni...sebelum ni memang saya mencarinya untuk dihiaskan di cermin belakang kereta...nanti saya upload gamba kereta yang dah dipasang dengan sticker ni...ada empat design yang boleh kita pilih...ianya akan bercahaya biru pada waktu malam apabila ditekan brek...

Tengok la mana yang berminat...kalau nak buat tempahan boleh pm saya kat Fb saya  di sini...ataupun sms/whatsapp saya 0199663073...

 Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
 Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
Sms/Whatsapp 0199663073 atau PM di FB

Tuesday, September 30, 2014

Shaklee Effect...GLA dan Alfalfa...

Saje nak share dengan semua kenangan masa amalkan shaklee GLA dan Alfalfa...masa ni hujung tahun 2012 dan awal tahun 2013...saya amik supplement GLA dan ALfalfa untuk turunkan berat badan....tapi sayangnya lupe la plak nak amik berat sebelum dan selepas...hehehe...nampak ketara pada bentuk badan yang menyusut lepas amik GLA dan Alfalfa tu...saya amalkan amik dua biji GLA selepas makan tengahari dan malam dan dua bbiji Alfalfa lepas breakfast dan minum petang....saya amalkan selama tiga bulan...sambil tu makanan kene jaga jugak...tak boleh amik yang berat-berat,saya amik nasik sekali je sehari...kalau tengahari dah makan nasi,malam saya tak makan nasi gantikan dengan roti ataupun kalau nak berat buat la cucur ke...biasanya roti dan biskut jadi habuan saya....

Syarat nak bagi supplement shaklee ni 'jalan' atau berkesan ialah kena amalkan selama dua tiga bulan (bergantung kepada tahap penerimaan badan seseorang)...bagi saya tiga bulan dah  nampak kesan....satu lagi petua nak bagi shaklee ni berkesan kene minum banyak air masak...3 liter sehari atau lapan gelas....pada mulanya memang asik nak terkucil jer...tapi bile dah dua tiga minggu badan dah ok dah...dah kurang rasa nak terkucil tu...bagaimana saya boleh maintain minum air 3 liter sehari...saya dah sukat siap siap dalam tumbler siap bawa pergi ofis...balik rumah saya tambah lagi air dalam tumbler supaya cukup 3 liter...kalau amik air kurang daripada 3 liter sehari supplement shaklee ni tak dapat menjalankan tugasnya dalam badan...kalau macam tu sia sialah kita amik supplement tapi tak berfungsi...

saya juga ada ambil ESP....boleh jugak kalau nak share kesannya...ada banyak lagi yang saya amik....Collagen Powder pun saya amik....yang tu paling power sebenarnya....ada banyak lagi yang saya plan nak amik contoh macam vivix...nanti nanti saya share lagi kebaikan amik supplement shaklee...


#saya jual shaklee
#ID:925440
#COD kawasan Temerloh,Mentakab

Saturday, September 27, 2014

From Taiping With Love

Bulan Mac yang lalu kami pergi honeymoon lagi kat Pulau Pangkor,Lumut Perak. Ni first time saya ke Pulau Pangkor. Pulau yang dah saya lawati Pulau Langkawi je. Coming soon teringin jugak nak melawat Pulau Perhentian ke, Pulau Tioman ke...

Kami pergi tiga hari dua malam...memang best la pulau pangkor...air pantai die bersih dan jernih..ada tempat untuk buat scuba diving...sampai je kat Pulau Pangkor kta boleh menyewa motor atau kereta yang disediakan...kenderaan motor adalah paling sesuai dari segi bajet dan senang memandangkan kami pergi tak ramai...saya dan suami dan seorang lagi rakan suami...

Pulau Pangkor ni kalau ikutkan satu hari boleh pusing satu pulau...memang kecik je..chalet dan hotel memang banyak pilihan la...tapi,kalau pergi peak period atau musim perayaan sure penuh punya tempat....kene booking awal la...kalau pergi hari biasa ni,ok la jugak...tempat boleh pilih nak yang ngadap laut ke atau ngadap hutan...

k la...enjoy my pic masa kat sana...
 

Thursday, September 25, 2014

Al-Quran Digital



Saya ada menjual Al-Quran Digital Focus 1...
Ada banyak kelebihan Al-Quran ni...didatangkan sekali dengan pen yang boleh membaca word by words ayat Al-Quran...Dalam Al-Quran Digital ini terdapat senaskah Al-Quran yang cantik dengan tulisan yang menarik dan Pen yang boleh membaca Al-Quran. Pen ini tidak boleh digunakan untuk menulis tetapi akan membaca Ayat Al-Quran apabila disentuh kepada Al-Quran yang dibekalkan bersama-sama.


Sesiapa yang berminat boleh sms/whatsapp 0199663073...atau membeli di Kedai Online Azlina....

Sweet Muslimah...gedung pakaian muslimah terkenal...

Saya suka beli baju labuh muslimah di sini...kain cotton lembut dan selesa di pakai...penghantaran pun cepat...hari ini order...esok lusa terus sampai...terdapat pelbagai pilihan pakaian daripada kanak-kanak kepada orang dewasa....

Produk Ukhti.....
Produk Qiraani....
Produk Mutif...
Koleksi Premium...
Koleksi Sweet...
Koleksi Jubah Cotton...
Koleksi Kurung...

Ni Testimoni mereka yang membeli di sweet muslimah...memang puas hati dan proses pesanan amatlah mudah...

Mami Alya Arifah · Tawau -
Tidak tahu mau komen apa tapi yang pastinya semua produk yang terdapat dalam SM "Very Sweet as SM Named.." Puas hati ooooo, tanya and bincang jak dari segi size hingga tukar size semuanya boleh bawa berunding dengan owner...so sweetkan...


Nurulazunia Yusof · Works at Kementerian Pendidikan Malaysia
As salam kaka yusni...saye dah ade koleksi SM 9 pasang
 Baju Muslimah Online termasuk jubah....saye membeli produk ini sejak 2 thn lepas...dari saye duduk di terengganu hinggelah berpindah ke putrajaya...saye sgt2 sukekn jenis kain dan design pakaian SM....kualiti terbaik..layanan mesre pelanggan dan mudah berurusan...bju pn cpat smpi...Insyallah...saya akan shoping lagi di lain waktu...


Sitty Jalimah 
thx SM...seronok berurusan dgn pihak SM...parcel yg saya terima dibungkus dgn baik...berbanding parcel dr peniaga online sblm ini. Dan saya paling tertarik dengan fabrik yg digunakan oleh SM...dimana ianya adalah cotton jenis tebal...tetapi tidak panas...dan tidak menampakkan susuk tubuh. Insyaallah sekiranya ada rezki saya akan terus membuat pembelian lagi di SM. :)



"Sweet Muslimah ditubuhkan bg membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini. Produk-produk yg kami bawakan adalah yg berkualiti dan selesa dipakai utk sebarang aktiviti. Produk-produk yg kami sediakan adalah lebih memfokuskan konsep santai,selesa,cantik dan tidak cantik yg meletop2. Semua produk kami yg sediakan adalah menepati piawaian kualiti yg kami tetapkan.Hanya produk terbaik dipasaran akan kami kongsikan kepada muslimah di Malaysia.Kami menyediakan Baju/Tshirt/Busana/Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia.dan mengalakkan berbelanja secara online yg nyata menjimatkan..."


Jom dapatkan pakaian pilihan anda di Sweet muslimah ......

Saya sedia membantu anda untuk membuat pilihan dan pesanan pakaian sweet muslimah...boleh pm saya di fb Azlina Hamzah atau sms/pw 0199663073....

Saturday, September 20, 2014

Bisnes Dropship...

Apa itu Dropship?...Tiba-tiba saya berminat dengan bisnes ni pulak...bisnes dropship ni saya dapat daripada blog Abdul Halim di sini mengenai penerangan bisnes dropship...katanya ia sesuai untuk mereka yang baru nak memulakan bisnes online....kita tidak perlu menyimpan stok....tidak perlu mengepos barangan dan juga tidak perlu ada kedai sendiri....memadai dengan mempromosikannya di media sosial seperti fb,instagram,twetter dan sebagainya...

Ada beberapa laman web yang dicadangkan untuk mencari lubuk dropship ni, antaranya ialah Majalah.com...saya juga baru menjadi ejen dropship daripada laman web tersebut...memang banyak pilihan dropship yang mana kita suka dan minat...tips memilih dropship ialah pilih barangan yang ramai orang mencarinya...kita meminati barang tersebut dan berminat untuk berkongsi pengalaman dengan orang di luar sana tentang kebaikan produk tersebut...

Saya juga sedang bertatih untuk menjadi ejen dropship...saya menjual al-quran digital,ipad kanak kanak islamic dan macam macam lagi...semuanya akan saya ceritakan di dalam entry akan datang....saya sedang mengemaskini gambar menarik untuk dibuat iklan...dan juga ingin membiasakan diri dengan harga yang ditawarkan....


Friday, September 19, 2014

Nukilan Rasa...

Hidup ini....
Adakalanya Sunyi Sepi...

Hidup ini....
Adakalanya Indah....

Hidup ini...
Adakalanya amat bemakna

Hidup ini...
Adakalanya ria dan gembira..

Walau apapun rasanya...
tiada yang seindah dan semanis....
melainkan mendapat kasih sayang Yang Maha Esa...

Kadangkala...sedih itu dapat dibuang....
Kadangkala...duka itu dapat dilupa...
Kadangkala...ria dan gembira hilang entah kemana

Walauapapun kadangkalanya...
apa yang penting rasa kemanisan iman dan taqwa
dalam setiap ibadah yang kita lakukan....

Nukilan Rasa di malam hari nan sunyi sepi....

 

Wednesday, September 17, 2014

Shaklee Collagen Powder...

Saya pernah mencuba supplement dari shaklee ni collagen powder...antara kesan positif yang dapat dilihat ialah perubahan wajah yang nampak lebih muda dari sebelumnya (saya jarang pakai alat makeup)...kulit pipi lebih gebu...kulit badan rasa lebih licin macam kulit bayi....saya sempat habiskan dalam dua kotak...sekotak ada 15 sachet...saya ambil sekali sehari sebelum tidur malam...biasanya saya akan bancuh dengan air oren sunquick...untuk kotak kedua saya ambil selang sehari sebab dah nampak perubahannya pada badan dan wajah...

Collagen memang amat diperlukan oleh tubuh badan disebabkan usia kita yang semakin meningkat...badan kita akan menghasilkan collagen dan akan berkurangan mengikut peringkat usia...semakin kita meningkat usia,semakin kurang menghasilkan collagen...sebab itulah kita perlukan supplement sampingan untuk menampung kekurangan collagen tersebut....

Boleh baca kebaikan shaklee collagen powder di sini ....







 

Untuk Mereka Yang Akan Menghadiri Temuduga...Gudluck

Tuesday, September 16, 2014

16 September....Hari Malaysia

Sempena cuti umum hari malaysia kali ni saya dan suami pulang ke kampung halaman di Melaka...kali ini cuti agak panjang,maka sempatlah kami melawat ibunda yang membuat demo masakan kuih tradisional di Taman Mini Malaysia...saya juga turut sama melihat ibu memasak secara tradisional kuih ros atau kuih loyang....

sebenarnya setiap kali pulang ke kampung suami aku begitu teruja kerana jarang aku dapat berjalan jalan seperti itu kalau tidak ada sebab yang penting..kalau tak silap saya pernah mengikut rombongan sekolah ke melaka kira kira 20 tahun lepas...memang agak lama jugak...itupun sebab rombongan pihak sekolah yang aturkan, kalau tidak memang tidak merasalah jalan jalan makan angin ke kota bersejarah Melaka....

pagi tadi kami bertolak pulang dari melaka ke rumah kami di temerloh...perjalanan mengikuti jalan temerloh-triang-bera-gemencheh-rompin-melaka membuatkan kami agak serik untuk melalui jalan tersebut sekiranya perlu pulang ke kampung...kami biasanya akan melalui jalan plus highway yang sememang cepat dan mudah....

bulan depan kami akan pulang semula ke kampung halaman di melaka...

Thursday, September 11, 2014

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan




Alhamdulillah....berjaya jugak lulus exam Penguasa Kastam ni...terima kasih diucapkan kepada pihak SPA yang memberi peluang kedua kepada calon yang gagal di dalam exam kali pertama 6/9/14 (Sabtu) yang lalu...saya amat berharap exam kali ni berjaya dan alhamdulillah lulus...tidak sangka sistem online spa kali ni sangat pantas dan efisyen...malam tadi ambil exam online hari ni dah boleh tahu keputusan...usaha spa untuk meningkatkan sistem peperiksaan manual sebelum ini patut dipuji dengan adanya sistem exam online ni...

Lepas ni tunggu spa panggil untuk interview la pulak...gerun la nak pergi interview ni...dah lama tak attend interview...berdebar la pulak...persiapan untuk temuduga kerja kerajaan perlu dibuat...biasanya saya akan google je mana tips yang patut...

Kalau nak lagi gempak bole try ebook ni...klik kat sini untuk menempah...kandungan ebook ni sesuai untuk mereka yang akan menghadapi temuduga nanti...topik yang dibincangkan merangkumi empat Modul iaitu 

1. Rahsia Persiapan Temuduga
2. Teknik Menjawab Soalan Temuduga
3. Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
4. Rahsia Penulisan Resume Temuduga

Empat modul yang mengandungi pelbagai kupasan dan teknik menarik untuk dimiliki di dalam ebook ni....



Boleh Klik Kat Link Ini untuk membeli....cepat dapatkannya sekarang!
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 

Monday, September 8, 2014

28th AGM MIA (Malaysian Institute of Accountant)..

Baru dapat jemputan ke AGM MIA member ni tadi...ni kali pertama join AGM MIA....baru je dapat jadi ahli MIA Nov tahun lepas...dan baru je renew subscription newsletter Accounting Today Julai lepas...kene bayar RM400 untuk yuran pembaharuan...saya bukanlah practice untuk buka firma akaun...masih lagi bekerja di sektor awam...cuma teringin nak jadi ahli MIA ni...hehehe...

Sebelum ni memang karier saya berkisar tentang akaun...sebaik sahaja tamat pengajian di UM...saya terus balik kampung dan cari kerja disini...pada masa tu semangat nak kerja dan timba pengalaman buat akaun ni berkobar kobar...alhamdulillah, dapat la kerja di syarikat setiusaha...adalah terlibat sedikit sebanyak dengan akaun dan audit ni....dua tahun jugak la pengalaman kat situ...penglibatan dalam akaun dan audit kat situ kurang kerana syarikat yang terlibat kecil dan sederhana sahaja....saya pun mahu mencari lagi peluang kerja yang lain pula....berhijrah ke Kuala Lumpur pada masa tu bukanlah pilihan utama saya....namun semangat mahu mencari pekerjaan lain mengatasi segala galanya....lantas memohon kerja di firma audit di gombak...kerja di situ bertahan hanya dua bulan apabila saya mendapat tawaran rakan sekerja untuk menggantikan tempat dia bekerja di kampung semula...dengan tidak berfikir panjang saya terus memohon kerja yang rakan cadangkan dan alhamdulillah saya diterima bekerja di syarikat yang sedang saya bekerja sekarang...

Sehingga ke hari ini saya masih berada di syarikat itu dan masih terlibat dengan kerja-kerja akaun...setelah hampir lima tahun di syarikat sekarang dan dua tahun di syarikat lama terlibat dengan kerja-kerja perakaunan membuat kan semakin pakar di dalam bidang perakaunan...ditambah lagi dengan syarikat sekarang yang terlibat di dalam industri manufacturing kemahiran akaun yang saya perolehi semakin berkembang dan bertambah mahir...saya tidak bercita-cita untuk mengubah karier saya ke bidang yang lain...tetapi sekiranya peluang lain yang lebih baik dan lebih selesa daripada sekarang yang saya boleh dapat , mungkin juga saya akan tinggalkan pekerjaan yang sedang saya lakukan sekarang....

Hanya masa dan keadaan yang menentukan....


Anda Berminat nak tahu tentang asas Akaun ...klik di sini.... 

Sunday, September 7, 2014

Kenapa saya tulis blog...



Sebelum blog ni wujud sebenarnya saya sudah ada dua tiga blog peribadi. Saya menulis kembali kerana ingin mengabadikan kenangan hidup saya bersama yang tersayang. Sebelum ini saya hanya menulis berkisar kehidupan peribadi. Kali ini a new chapter in my life is begin...semuanya untuk menjadi kenangan dan rujukan di masa depan. Kalau sebelum ini kita ada album gambar dirumah untuk menyimpan gambar kenangan semasa berkahwin,honeymoon dan sebagainya. Nah sekarang kita ada blog yang memudahkan dan memelihara kesemua gambar dan kenangan kita agar tidak hilang. 
kalau nak ikutkan gambar saya semasa kecil memang banyak diambil dulu. Tetapi disebabkan mak ayah kita yang hanya menyimpan gambar di dalam album,ianya hilang entah kemana...ditambah pula dengan keadaan rumah lama yang akan dibuat baru,maka kedudukan album lama tersebut hilang entah kemana...

Selain itu, blog adalah trend terkini untuk mendapatkan maklumat dan juga sebagai platform  bisnes bagi yang minat berbisnes online. Ada banyak website yang menyediakan pendaftaran untuk blog secara percuma seperti blogspot,wordpress,blogdrive dan macam macam lagi...Saya sebagai pengguna blog tidak mahu ketinggalan untuk menulis kembali dan kembali ke dunia blogging ni...

Harap momentum untuk berblog ni kekal lama dan konsisten...cabaran untuk berblog bagi saya ialah kekangan masa untuk meng'update' aktiviti hari-hari...saya akan cuba untuk disiplin diri supaya blog ini dapat di'update' hari hari...Ada juga dikalangan kita yang berblog hanya untuk mengisi masa lapang...disamping itu dapat juga menjana pendapatan sampingan dengan membuat iklan seperti nuffnang dan sebagainya...Bagi blogger yang aktif,dia akan mengumpulkan kesemua ahli keluarganya dan mereka dapat mengetahui aktiviti terkini ahli keluarga terutama yang tinggal  berjauahan seperti seorang di utara dan seorang di selatan....
Bagi tujuan bisnes online, blogger akan cuba untuk mengumpul sebanyak mungkin networking dengan blogger popular supaya dapat menyokong kesinambungan bisnes online yang dilakukannya....

Sekianlah pendapat saya mengenai penulisan blog ini...setiap pendapat daripada blogger lain adalah dialu-alukan....

Mahu Tahu Rahsia Menulis....Klik Sini....

Saturday, September 6, 2014

Spa oh Spa... Exam Penguasa Kastam Gred W41

1. Hari ni saya terlibat dengan exam spa online...alhamdulillah dapat panggilan exam online penguasa kastam W41 bulan ogos lalu...hari ni dapat la menduduki exam online tu...pada awalnya memang tak dapat log in gara-gara tak faham password yang pihak spa minta untuk online exam...saya ingatkan password untuk log in sistem spa...rupa-rupanya angka giliran yang diberi seperti di dalam email lalu...selepas berwasap dengan member baru dapat tau password tu angka giliran tu...
2. Dah dpt log in dengan susah payahnya, soalan pulak tak muncul muncul lagi....masa tu dah pukul 10.30 pagi....dah memang terlepas sesi soalan pertama...nak masuk sesi soalan kedua dah...puas refresh....puas log in...puas tutup bukak tetingkap tu....daripada browser internet explorer sampai la tukar kepada mozilla....akhirnya dalam pukul 10.45 kalau tak silap baru dapat jawab sesi kedua....tu pun terlepas sesi pertama...yang sesi kedua ni pun tetibe je muncul lepas dan puas refresh bagai...jawab jugak la walau dalam hati Tuhan yang tahu tahap kesabarannya...tu pun ada soalan yang takde gambarajah...pun pakai jawab jer walaupun tak tau soalan nak apa...
3. Dah siap tu...tunggu pulak untuk sesi ketiga....tempoh masa menjawab memang sistem ikut la....cuma bukan dalam real time...sesi ketiga pulak dah beralih browser ke mozilla...sebab explorer memang tak keluar keluar walau dah banyak kali refresh...nasib baik sesi ketiga ok sikit la...masa ngam ngam....200 soalan tu boleh jawab semua la....dah tamat exam sesi ketiga tu pulak nak submit ke server punya la lama nya..masa tu dah tawakal kalau kalau server tak terima jawapan...nasib baik lepas ok je....
4. sekian la pengalaman saya ambil exam online penguasa kastam W41....ni kali pertama saya amik exam online ni...adalah sedikit pendapat yang tidak seberapa dari saya tentang usaha spa ini untuk buat exam online pada masa akan datang....
Kebaikan:
1. calon tidak perlu berhabis minyak,tol dan belanja untuk pergi ke tempat peperiksaan
2. calon juga tidak perlu bersusah payah mencari tempat exam kalau ditempatkan di tempat yang jauh dari kediaman masing masing
3. jimat masa,tenaga dan wang bagi yang perlu mengambil cuti jika bekerja mcm saya ni
4. usaha spa ini patut dipuji kerana mahu mengubah sistem peperiksaan manual sebelum ini kepada sistem online
5. pihak spa juga perlu mengambil langkah pembaikan supaya semua calon dapat mengambil bahagian di kesemua sesi soalan yang sedang berlangsung

Sekian lah pendapat yang tidak seberapa dariku yang mengambil exam online ni...

Friday, September 5, 2014

First Anniversary... Cameron Highlands...09/08/14 to11/08/14

Throw Back our First Anniversary....



1. Kami bertolak pagi Sabtu 09/08/2014 ikut serendah-masuk highway plus-pastu keluar Simpang Pulai. Mulalah sesi mendaki bukit tinggi...kesejukan semakin dapat dirasai semakin tinggi kami mendaki...on the way nak naik atas tu, banyak jumpa gerai/pondok jualan petai,madu asli,madu tualang,rebung dan macam macam hasil hutan orang asli...Kami sempat beli sebotol madu lebah harga RM25.00 sebotol...sebab balik nanti kami plan nak ikut Tapah,takut tak jumpa dah gerai camtu....rupa-rupanya masa balik ikut Tapah pun sama...lagi banyak gerai camtu yang kita akan jumpa...

2. Sampai di check point pertama kalau ikut Simpang Pulai Green Valley,nama tempat dah lupe la plak...sebelum sampai Brinchang...kami menginap di Hotel kat Brinchang...yang dekat dengan pasar malam...sampai di Green Valley tu tengok la pokok bunga lavender dan macam macam lagi la....ade restoran kat situ,kami order la air teh strawberry dengan teh capuccino....sedap jugak la....sebelum keluar kami singgah kedai situ beli teh strawberry dan coklat strawberry....

3. Pastu terus mendaki dan menusuri jalan raya yang bengkang bengkok...kiri hutan dan ada juga rumah tanaman yang sedang dalam pembinaan...sampai kat Brinchang sebab dah nak petang kami cari Hotel murah...memang banyak sangat...takyah risau kalau pegi on the spot je...sebelum tu perut kami memang dah lapar...nampak restoran dekat situ dan hotel pun dekat kami terus check in dan makan tengahri....tak silap nama restoran tu Restoran Naemah...ok gak la menu die...cuma masa tu resdung menyerang menyebabkan rasa enak tu berkurangan...makan jugakla sebab perut lapa....

4. Malam tu kami pegi pasar malam tepi jalan...keluar hotel je memang dapat rasa kesejukan menggigit tulang temulang...dari strawberry,sayur-sayuran sampailah ke baju....seperti biasa, setiap tempat peranginan yg kami pergi memang beli baju buat kenangan...abg beli tshirt yg ade peta cameron highland aku beli thirst labuh tu tulis cameron highland...abg beli t hsirt yg ade peta tu sebab esok kitorg plan nak gi tanah rata dan tempat tanaman teh boh...

5. Esoknya kami menuruni jalan menuju ke tanah rata dan jumpa lah Teh Boh...ade restoran kat situ,bole minum teh dan makanan ala western...kami turun ke dalam ladang teh...masa tu dlm pukul 11 pg gitu sampai la tengahari...masa turun aku ok jer...cuma bile dah lama kami kat bawah tu hari mcm nak ujan...kami pun cepat-cepat nak naik atas balik...aku dengan semput mcm org tak cukup napas...tercungapcungap sebab tangga nak naik tu memang curam sangat...kami berehat dan makan kat restoran kat atas tu...Sebelum balik ke Hotel kat Brinchang kami singgah dulu kat Kilang Teh Boh yang masuk ke dalam...dekat Habu...jalan nak masuk ke kilang Teh Boh tu memang scary giler...curam yang amat...masa tu pun hujan renyai renyai...elok jer kami sampai dekat atas tu dekat dengan kilang die,hujan turun mencurah curah...

6. Bile dah petang kami singgah kat tanah rata nak makan malam....tak banyak pilihan restoran melayu yang ada...kami makan western...lamb chop dan chicken chop...ok la makanan die...sedap jugak la...masa tu hujan turun dengan lebatnya...dahla memang sejuk...ujan pulak...rasa macam beku pun ada...

7. Esoknya kami dah nak check out...kami turun ikut tapah...saje nak merasa dua arah jalan....kalau nak buat bandingan jalan paling elok dan selamat lebih baik ikut Simpang Pulai...kalau ikut Tapah memang scrary jalan die plus curam yang amat sangat...masa balik ni pun kami jumpa jugak beberapa gerai orang asli jual madu lebah dan lain lain...abg sempat merembat kerusi rotan lagi...memang cantik dan kemas buatannya...harga rm120...tapi kami tawar dapat la rm100...


Sekian la entry kali ni...apa pun sambutan anniversary yg amat bermakna buat diriku...terima kasih abg....



 

Thursday, September 4, 2014

Shaklee Collagen Powder...!!!

KongsiBaca:

ABOUT COLLAGEN© Klinik Keluarga Rohani Sdn. Bhd. 2009. All Rights Reserved

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan..
Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan..
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga).
Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
 
FUNGSI KOLAGEN
*menghasilkan asid amino penting seperti :lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
*hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
*alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.*arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
*mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
*melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .*menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
*menampung air dalam tubuh.
*meningkatkan penyerapan kalsium.
*menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
*meningkatkan isyarat induksi
*menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit.
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
menguatkan otot dan tulang.
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin).
memelihara kelenturan sendi.
mengurangkan keradangan(inflammation).
memberi tenaga.
membantu pola tidur.
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

kulit kusam
tak bermaya.
tiada seri
kulit kedut dan mula kendur.
pigmentasi kulit cepat letih dan lesu.
sakit badan dan sendi.
mudah lupa.
kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulungIa dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit.
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.
Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan.
Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

 KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Friday, August 29, 2014

Buat Duit Dengan Job Dirumah...

6 Sebab mengapa anda perlu bekerja dari rumah:

                                                                     1. Keluarga



                                                                      2. Kewangan

                                                                     3. Kebebasan
                                                          4. Kesibukan yang boleh diurus
                                                5. Keselesaan Kehidupan vs Kualiti Masa

                                                       6. Majikan Kepada Diri Sendiri




Jom Daftar Buat Duit Dari Rumah....


Monday, August 25, 2014

Dilema...Makan Gaji atau Bisnes Sendiri...

Sesuai dengan tajuk dilema...Makan Gaji atau Bisnes Sendiri....kebanyakan orang zaman sekarang lebih suka makan gaji sahaja...semasa dari kecil lagi mereka diasuh oleh ibubapa supaya apabila sudah dewasa kelak akan mendapat pekerjaan yang boleh menyara hidup mereka...tidak kurang juga terdapat mereka yang menyimpan cita-cita untuk bekerja dengan kerajaan supaya kehidupan mereka terjamin dari segi pendapatan...namun begitu, hakikatnya pada masa sekarang, kerja makan gaji sudah tidak menjadi pilihan kebanyakan muda mudi zaman sekarang...terdapat segelintir daripada mereka yang lebih suka kepada mencari rezeki dengan cara sendiri...

Bagi kaum lelaki mungkin mudah untuk mereka bekerja makan gaji dan mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan oleh majikan masing-masing. Tetapi, bagi kaum wanita mungkin agak sukar kerana terikat dengan kerja rumah yang menjadi rutin harian seperti mengemas rumah,memasak,menyediakan keperluan harian dan sebagainya...tugas rumahtangga ini menjadi semakin mencabar apabila kaum wanita telah berumahtangga....tempoh masa 24 jam sebelum ini yang dinikmati oleh kaum wanita yang belum berumahtangga telah dihabiskan dengan waktu bekerja sahaja dan sedikit tugas harian di rumah telah beralih kepada separuh masa untuk keluarga dan juga separuh masa untuk mencari wang bagi mengurangkan bebanan sang suami...ramai wanita yang sudah berumahtangga lebih suka memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa supaya masa dapat dihabiskan bersama keluarga disamping mengurus rumahtangga dengan bijak....

Akhir sekali, banyak pilihan untuk mereka yang ingin bekerja sendiri daripada makan gaji terutama bagi mereka yang gemar melayari internet dan juga berblog...bagi mereka yang suka bisnes sendiri terdapat banyak pilihan untuk menjadi peniaga atau usahawan berjaya....


1. Usahawan Emas...

2. Bisnes Ikan Tilapia...

3. Panduan Dan Penternakan Arnab...

4. Panduan Bisnes Burger...













Monday, August 18, 2014

Cara nak halau nyamuk....

hi semua....ni cara nak halau nyamuk....terjumpa kat facebook tadi....diorg share kat situ....cube la kot kot menjadi...

Wednesday, August 13, 2014

Pembuka Bicara...

Salam semua....

Blog ni direka khas untuk promote produk shaklee since owner nya adalah pengguna shaklee...selain tu akan ada juga perkongsian mengenai tips tips kecantikan dan kesihatan...nak sihat dan cantik mestilah kena berusaha....ok la sekian pembuka bicara yang tak seberapa ni....

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...