Nak jadi chef. Masak ape tu?
Begini caranya nak basuh ikan dan ayam ye...tengok betul betul...
Kira betul betul ye duit tu...
Yeah...Dr Sufiyah baru nak start keje ni...ada patient tak?
Ikon Kidzoona pun ada keluar dalam pukul 3 ptg gitu....
Budak baju biru tu duk depan sekali...seronok nak bercakap dengan ikon...
Alkisah cuti umum dua hari kami tidak melakukan sebarang aktiviti di rumah. Umi bawa anakanda Sufiyah berjalan keluar dengan melakukan aktiviti yang membina minda. Memang seronok dia tengok semua mainan dan aktiviti di situ. Pada sebelah paginya, saya ke Perodua untuk servis kereta. Alang dah keluar terus ke Aeon Rawang. Melayan anakanda Sufiyah bermain hingga ke petang. Memang dia seronok sampai tidak mahu untuk pulang ke rumah.
Mungkin bagi anakanda Sufiyah ini merupakan pengalaman yang seronok. Dia dapat meneroka pengalaman baru dalam hidupnya. Aktiviti yang diadakan memang bertujuan untuk mengaktifkan kanak-kanak. Contohnya seperti bermain pasir kinetik. Bermain lompat lompat dan macam macam lagi. Bagi saya, kesan positif ke atas anakanda Sufiyah selepas dia bermain di situ ialah dia seperti orang yang "independent". Senang faham apa yang kita cakap dan dia boleh buat sesuatu tanpa disuruh. Adalah digalakkan untuk menghantar anak ke tempat seperti itu sekali sekala kerana ini akan mengasah bakat terpendam dalam diri mereka.
Mungkin selepas ini saya akan membawa lagi anakanda Sufiyah ke tempat seperti itu kerana ianya memang memberi manfaat. Di samping anak anak akan leka bermain, ibubapa boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli belah dan juga melakukan aktiviti lain.
No comments:
Post a Comment