Friday, October 17, 2014

Esok Temuduga Penguasa Kastam

Minggu ni saya agak bizi dengan kerja...esok dah menghampiri ke hari temuduga...saya tidak banyak dapat masa untuk study tentang GST dan kastam...cuma join group kat fb yang memberi banyak maklumat tentang interview tersebut...kelmarin saya baru saja habis training UBS GST selama dua hari di kl sentral...seronok jugak dapat pergi training tu...alhamdulillah,syarikat bagi peluang untuk staff yang akan terlibat secara langsung dengan GST...dapat lah sedikit sebanyak info tentang UBS GST ni...

selepas ni mungkin ada lagi training seperti itu daripada pihak HQ...diorg kene buat training macam ni memandangkan syarikat saya bekerja memang terlibat secara langsung dengan barangan GST ni...

pada pendapat saya, GST tidak lah menyusahkan malah menyenangkan banyak pihak...mungkin untuk permulaan ia akan nampak susah dan terlalu banyak dokumen yang perlu disediakan...bagi saya tempat saya bekerja memang nampak susah pada mulanyan nanti...tetapi selepas ianya dipraktikkan...harap ianya dapat memudahkan banyak pihak terutama pembeli dan penjual...

 

Friday, October 10, 2014

WAHM...SAHM...SOHO...



Saya amat tertarik dengan wanita bekerjaya yang sanggup berhenti kerja tetap semata-mata mahu menumpukan kepada menguruskan keluarga, melihat pembesaran anak anak di depan mata dan sentiasa menyambut kepulangan suami di rumah dengan senyuman dan masakan daripada air tangan sendiri...sebenarnya saya juga bercita cita mahu menjadi seperti mereka...saya mahu bebas bekerja mengikut masa sendiri dan juga dapat menjana pendapatan sendiri hanya dari rumah...

saya mendapat idea untuk membuat blog ini pun hasil daripada membaca pelbagai artikel berkenaan menjana wang dari rumah dari blog Masayu Ahmad. Saya memang tertarik dengan pelbagai artikel daripada anak didik beliau yang terhasil daripada Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)...saya juga telah membeli buku Menjana Wang Dari Rumah hasil tulisan beliau. Panduan Jana Wang Di Rumah

Di dalam buku tersebut ada ditulis mengenai panduan untuk menjana wang dari rumah...bagaimana ingin memulakan pendapatan sampingan dari rumah...cabaran yang akan dihadapi dan perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum menjadi suri rumah yang boleh menjana pendapatan dari rumah....dalam buku tersebut juga ada menulis tentang definisi WAH (Work at Home Mom)...SAHM (Study at Home Mom) dan juga SOHO (Small Office Home Office)...

Nanti saya nak share kat blog ni tentang banyak lagi artikel tentang menjana wang dari rumah...

 

Wednesday, October 8, 2014

Temuduga Penguasa Kastam W41


 Alhamdulillah....saya berjaya di dalam exam online seperti di dalam catatan di sini...sekarang tengah pulun study untuk temuduga pula...memang berdebar juga sebab dah lama tidak hadiri temuduga dengan gomen ni...seingat saya kali terakhir saya interview gomen pada tahun 2012 temuduga penolong akauntan gred W27...saya kena buat persiapan lebih sikit untuk temuduga kali ini memandangkan jawatan nya nampak gah skit...hehehe...penguasa kastam memang termasuk di dalam favourite list saya masa isi borang untuk apply jawatan di laman web spa...yang pertama semestinya akauntan..diikuti juruaudit...pegawai tadbir dan diplomatik dan seterusnya jawatan gred W...

saya nak kumpulkan info tentang temuduga penguasa kastam di blog saya ni...nanti saya akan update dari semasa ke semasa info mengenainya...saya juga ada join grup kat group fb penguasa kastam mengenai calon calon yang akan ditemuduga untuk jawatan penguasa kastam ni...banyak info boleh dapat kat situ....

nanti saya share semua info ttg calon yang dah ditemuduga di sini...untuk rujukan saya juga yea...
















 

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 

Friday, October 3, 2014

Sticker Kalimah Allah + Muhammad + Bismillah...

Saje nak share dengan semua tentang sticker Kalimah ni...tetiba saya tertarik dengan sticker ni...sebelum ni memang saya mencarinya untuk dihiaskan di cermin belakang kereta...nanti saya upload gamba kereta yang dah dipasang dengan sticker ni...ada empat design yang boleh kita pilih...ianya akan bercahaya biru pada waktu malam apabila ditekan brek...

Tengok la mana yang berminat...kalau nak buat tempahan boleh pm saya kat Fb saya  di sini...ataupun sms/whatsapp saya 0199663073...

 Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
 Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
Sms/whatsapp 0199663073 atau PM di FB
Sms/Whatsapp 0199663073 atau PM di FB

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...