Friday, October 10, 2014

WAHM...SAHM...SOHO...



Saya amat tertarik dengan wanita bekerjaya yang sanggup berhenti kerja tetap semata-mata mahu menumpukan kepada menguruskan keluarga, melihat pembesaran anak anak di depan mata dan sentiasa menyambut kepulangan suami di rumah dengan senyuman dan masakan daripada air tangan sendiri...sebenarnya saya juga bercita cita mahu menjadi seperti mereka...saya mahu bebas bekerja mengikut masa sendiri dan juga dapat menjana pendapatan sendiri hanya dari rumah...

saya mendapat idea untuk membuat blog ini pun hasil daripada membaca pelbagai artikel berkenaan menjana wang dari rumah dari blog Masayu Ahmad. Saya memang tertarik dengan pelbagai artikel daripada anak didik beliau yang terhasil daripada Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)...saya juga telah membeli buku Menjana Wang Dari Rumah hasil tulisan beliau. Panduan Jana Wang Di Rumah

Di dalam buku tersebut ada ditulis mengenai panduan untuk menjana wang dari rumah...bagaimana ingin memulakan pendapatan sampingan dari rumah...cabaran yang akan dihadapi dan perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum menjadi suri rumah yang boleh menjana pendapatan dari rumah....dalam buku tersebut juga ada menulis tentang definisi WAH (Work at Home Mom)...SAHM (Study at Home Mom) dan juga SOHO (Small Office Home Office)...

Nanti saya nak share kat blog ni tentang banyak lagi artikel tentang menjana wang dari rumah...

 

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...