Saturday, June 22, 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru kuning. Saya masih ingat jubah kami adik beradik kak long yang sponsor sebab nak sama colour.

Tema biru kuning kami sekeluarga sekali dengan aki dan wan Sufiyah. Tahun ni adik busu tidak beraya bersama.

Sunday, December 16, 2018

Berita Banjir 2018

Mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada seramai 376 orang yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), berbanding 194 orang malam tadi.

Klik untuk info penuh berita

Friday, October 12, 2018

Idea Untuk Menulis Blog

Fuhhh....dah bersawang blog ni sejak dua tiga bulan yang lepas. Post terakhir ialah tentang berhari raya di kampung. Nampak nya saya memang kekeringan idea untuk menulis.

Nah, sekarang baru terkial-kial nak mencari idea untuk menulis kembali. Sebenarnya banyak yang ingin ditulis. Kekangan masa dan aktiviti membuatkan tulisan di blog tertangguh.

Sedang berjalan-jalan di google, terjumpa beberapa laman web otai blog melontarkan idea dan tip untuk menulis. Nah, saya senaraikan seperti di bawah ya:
1. Wanyusof.com
2. IncheNaim
3. Azwan
4. Ireach dot my

Ini sebahagian yang sempat di cari di pakcik google. Itu pun tidak sempat untuk membaca kesemua isi kandungan di dalam blog. Saya simpan di sini untuk review pada masa akan datang nanti.

Saya sempat membaca salah satu blog tersebut. Salah satu cara untuk mencari idea menulis blog ialah dengan mengimbau kembali kisah lama dengen membelek gambar-gambar lama semasa kecil ataupun gambar keluarga. Daripada situ kita akan mendapat idea untuk menulis kisah lama yang tersimpan di dalam album gambar.

Sayangnya album lama keluarga telah lama hilang semasa kami menaiktaraf rumah pusaka dari rumah papan kepada rumah batu. Memang hilang kesemua album kenangan bersama keluarga semasa kecil dahulu.

Cuma yang ada sekarang gambar bersama keluarga kecil saya, suami dan anak. Mungkin album beginipun boleh dibuat kisah dan kenangan.

sekian, corat coret saya di pagi hari sebelum memulakan tugas di pejabat. Semoga saya konsisten untuk menulis blog pada masa akan datang. Belum buat belum tahu keupayaan kita setakat mana, bila dah buat nanti risau pula tidak pandai nak berhenti.

sekian.

Wednesday, May 30, 2018

Sejarah Hari Raya Kami Sekeluarga



 
 Raya tahun 2017 - tema warna biru gelap
Tajuk yang dipilih berkaitan dengan raya sebab tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1439H. Saja saya ingin mengimbau kenangan lama raya tahun-tahun lepas semenjak berumahtangga.
Raya Tahun 2017 - kami memilih tema warna biru juga kerana K.long yang menaja baju kami warga perempuan. Jubah tu K.long beli borong untuk semua adik beradik, ipar duai perempuan termasuk Ibu. Hari raya kedua baru kami pulang ke kampung saya di Pahang

Raya Tahun 2016 - tema warna biru terang

Raya Tahun 2016 - kami memilih tema warna biru terang. Warna ini dipilih sebab kami suka warna biru. Kain baju kurung saya adalah sama dengan jenis kain warna peach pada tahun 2015. Hari raya pertama adalah di negeri Pahang memandangkan arwah abah baru saja meninggal dunia tiga hari sebelum raya. Kami adik beradik berkumpul di rumah pusaka di Pahang. Hari raya kedua baru pulang ke Melaka.
Raya Tahun 2015 - tema warna peach

Raya Tahun 2015 - kami memilih tema warna peach memandangkan warna peach masih belum ada dalam koleksi baju raya kami. Saya kena pakai jubah waktu tu sebab anakanda Sufiyah dalam kandungan tujuh bulan. Tempat beraya dirumah mentua di Melaka. Seperti tahun sebelum Hari Raya Kedua kami pulang beraya di kampung saya pula di Pahang. Begitulah setiap tahun sejak saya berkahwin dengan orang Melaka.

Untuk tahun 2018 kami memilih warna silver. Pilihan warna silver dibuat adalah kerana inginkan kelainan dari tahun-tahun sebelum. Saya juga menempah baju kurung moden daripada tukang jahit. Biasanya saya kurang selesa memakai baju kurung moden kerana bentuknya yang agak ranggi sedikit. Tetapi disebabkan inginkan kelainan saya menempah juga baju kurung moden untuk raya tahun ini. Harapnya janganlah dipakai waktu raya saja.

Sebenarnya saya berkenan dengan Baju Kurung Moden seperti gambar dibawah:



Cantik-cantik semua koleksi baju kurung moden ini. Kalau ada yang berminat untuk tengok warna dan corak yang lebih banyak lagi boleh pergi ke SweetMuslimah


-->Nak tengok koleksi baju kurung moden - lycra boleh tengok di sini: SweetMuslimah
-->Nak tengok koleksi tudung untuk si comel boleh tengok di sini: TudungSiComel


Wednesday, May 23, 2018

Tahukah Anda? Semak Caruman Perkeso Online

Tahukah anda, anda boleh membuat semakan secara online mengenai caruman Perkeso yang dibuat oleh pihak majikan setiap bulan. Dengan hanya membuat pendaftaran akaun secara online dan log masuk ke dalam system online Perkeso, kita boleh membuat semakan caruman yang dibuat oleh majikan setiap bulan.

Anda boleh membuat semakan melalui laman web --> iperkeso.

Apa itu iPERKESO?


iPERKESO ialah satu projek yang inovatif yang diusahakan oleh PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL MALAYSIA).
Ia membenarkan Pekerja untuk menyemak status caruman mereka, dan membenarkan Majikan untuk membuat caruman dan pembayaran atas talian.

Siapakah yang layak mendaftar akaun iPERKESO?

Semua Warganegara Malaysia layak mendaftar akaun iPERKESO dengan menggunakan No. Kad Pengenalan mereka. Jika anda adalah ahli PERKESO yang telah berdaftar, anda mungkin akan layak untuk program kesetiaan yang akan datang.

Siapakah ahli berdaftar PERKESO?

Ahli berdaftar PERKESO ialah, seseorang yang telah membuat caruman kepada PERKESO di masa lalu atau sekarang.
  • 1. Bayar SOCSO & SIP Anda Atas Talian
2. Mendaftar Caruman Anda
3. Membayar Caruman Anda


4. Papar Caruman Anda



























Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...