Saturday, November 8, 2014

Result Temuduga Penguasa Kastam dan Exam Online PTD

Alhamdulillah saya telah melalui ujian temuduga di Putrajaya bagi jawatan Penguasa Kastam pada 18/10/2014 yang lalu...kebetulan kena pada hari sabtu...saya berasa sangat lega kerana tidak perlu mengambil cuti pada hari weekday yang sudah tentunya sibuk dengan urusan kerja...pada pagi sabtu tu,saya bertolak awal dari rumah yang terletak di Rawang...sebaik sahaja sampai di Putrajaya, kami terus mencari tempat temuduga sebagaimana yang diberitahu melalui email dan laman web SPA...agak mudah mencari bangunannya kerana en hb dah pernah datang ke tempat tu sebelum ni....wisma perbendaharaan dan wisma kastam...walaubagaimanapun, kami tersilap tempat pada awalnya kerana ingatkan di wisma perbendaharaan,tetapi bukan dan ianya di wisma kastam...tempatnya bersebelahan cuma kena berjalan kaki sikit sebab dah parking di wisma perbendaharaan....

ada empat lima orang seperti saya yang tersilap tempat...tapi mujur la kami sempat mencari wisma kastam...saya dijadualkan temuduga pada pukul 8.30 pagi tetapi telah terlewat dekat pukul 9.00 baru sampai di tingkat 2 wisma kastam...sesampainya saya di tingkat 2 terus bagi dokumen yang dikehendaki beserta kp untuk disemak di kaunter pendaftaran...saya mendapat angka giliran no 12 bilik no 2...sebaik sahaja mendapat no giliran saya diarahkan duduk ditempat menunggu...ada dua bilik temuduga bilik no1 dan bilik no 2...kelajuan angka giliran bagi bilik no 2 adalah sangat tinggi...sekejap sahaja no saya dipanggil anggaran dalam pukul 10...tidak lama saya menunggu di luar bilik bersama calon calon yang lain...memang saya berharap agar cepat dipanggil kerana tidak sabar menunggu dengan perasaan cemas dan berdebar debar....

tiba giliran saya, pintu diketuk dan saya masuk ke dalam...bertemu dengan dua penemuduga yang kedua duanya perempuan...disuruh berdiri dan memberi 'ceramah' tentang GST dalam BI...agak gugup kerana tiba tiba saya 'hilang' idea untuk bercakap...kemudian saya diarahkan duduk dan menjawab soalan dari panel...soalan adalah berkisar tentang GST dan kastam...anggaran sesi temuduga saya tidak lama dalam lingkungan 10 minit...sebaik sahaja tamat sesi temuduga saya merasakan satu kelapangan...harapan saya untuk mendapat jawatan penguasa kastam pada masa tu ialah 80% kerana saya merasakan panel mencari calon yang mempunyai ijazah perakaunan...namun, saya agak sedikit down apabila panel menanyakan BMI yang sudah tentunya tidak melepasi syarat menjadi anggota unit beruniform seperti kastam...

begitulah kisah temuduga penguasa kastam saya di putrajaya yang lalu...untuk pengetahuan pembaca sekalian...ini adalah kali kedua saya temuduga dengan pihak SPA...kali pertama dahulu jawatan penolong akauntan W27 di Kuantan pada tahun 2012...walau apapun semuanya pengalaman buat saya...

Result penguasa kastam ni keluar pada 03/11/2014 yang lalu, sebaik sahaja saya menduduki peperiksaan online untuk PTD...saya menerima kedua dua result tersebut dengan hati yang terbuka...mungkin belum rezeki saya untuk bekerja dengan pihak kerajaan....

walau apapun...hidup perlu diteruskan seperti biasa...mencari nafkah dan rezeki di Adabi ni...sampai bila saya di sini...wallahualam...hanya masa yang menentukannya...

saya mempunya cita-cita untuk menjadi WAHM,SOHO dan yang seumpamanya....mungkin dalam tempoh lima tahun akan datang...


Plate kereta punya pasal....

Sekarang ni heboh pasal semua kenderaan bermotor hendaklah mempunyai no plate yang menepati piawaian JPJ agar tidak dikenakan saman sebanyak RM300.00...saya pun tidak terkecuali untuk menukar no plat kenderaan myvi kesayangan saya...

hasil dari google pasal no plat kenderaan ni...jumpa la spesifikasi yang dikehendaki oleh JPJ seperti di bawah ni...
walaupun plat no myvi saya dari yang asal semenjak saya beli pada tahun 2007...no plat tetap kena tukar sebab tidak mengikut piawaian yang JPJ tetapkan...

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...