Wednesday, November 29, 2017

Taska hasanah...untuk anakanda sufiyah

aktiviti hari pertama di taska
akhirnya pilih punya pilih taska yang sesuai untuk anakanda sufiyah...taska hasanah yang dipilih...faktor utama ialah yuran yang berpatutan...dekat dengan ofis umi...dan semestinya islamic...hari jumaat lepas dah masuk tengok taska tu skali dengan ayah dan sufiyah...ingat nak tinggalkan sufiyah kejap...tapi mood dia macam tak berapa elok...sebab baru bangun tido...kami decide tengok tengok je dulu dalam rumah tu...isnin baru hantar full dari pagi sampai petang...

hari pertama
semestinya nangis adalah pilihan sufiyah...umi tinggalkan dulu pastu punch card...pastu datang balik utk setelkan yuran pendaftaran dan deposit...semuanya rm300...yuran untuk bulan ni je belum bayar lagi...cerite semua kat cikgu sufiyah tentang perangai dan makanan kesukaan dia...akhirnya umi pegi intai dia kat bahagian kanak-kanak...dah senyap pengasuh pujuk...tapi bila nampak umi nangis semula...terus umi lari sebab kalau nampak lagi payah nak pujuk...
petang tu umi nak ambik dia,duduk senyap je atas riba pengasuh...tengok je muka umi terus senyum...balik dalam kereta dia berak pulak...dah kene berenti kat stesyen minyak nak cuci...

hari kedua
masih sama nangis adalah pilihan sufiyah.umi tinggal je sebab kalau umi pujuk lagi la nangis nye...petang tu umi amik dia dah nampak ceria skit...salam cikgu dan babai kawan kawan...

hari ketiga
masih sama...menangis memang pilihan dia...masa ambik petang pun dia dah nampak ceria skit...

moga anakanda sufiyah baik baik di taska...dapat jumpa kawan baru...dan pandai bergaul...


Monday, November 20, 2017

Survey Taska Pilihan Sufiyah

 Alkisah hujung tahun ni sibuk nak search taska untuk sufiyah. Tahun depan dia dah masuk 3 tahun. Dah sesuai untuk hantar dia ke taska. Instead duk kat rumah mama pengasuh. Kalau kat taska boleh jugak dia buat aktiviti dengan kawan kawan. Ada la benda nak dibuatnya. Kalau duk rumah mama dia, duk main benda sama je la.

Nak survey taska yang sesuai untuk sufiyah memang susah. sama ada aku atau husband yang kene hantar ke taska. Kalau aku hantar, kene cari area opis aku. Memang banyak kat sini. Pilih je nak yang islamic ke, nak yang biasa biasa je. atau nak yang murah fees tapi aktiviti ala kadar je la. Kalau nak yang famous cam Brainy Bunch pun ada. Siap ada baner lagi nak cari budak untuk kemasukan tahun depan.

Yang paling dekat dengan opis aku little caliph. tapi dia hanya untuk budak 4-6 tahun je. Evergreen montessori pun ok jugak. Tapi fees dia agak mahal la. Sebulan RM550 fees untuk tahun depan. Registration fees lagi dalam RM400++. Semua aku masuk tanya, tengok persekitaran dan apa aktiviti diorang.

Taska yang biasa aku survey jugak. Taska Naluri Gemilang kat seksyen 6. Taska Ummi Bestari. Taska Ameen. Dan banyak lagi yang tak sempat nak survey masuk dalam. Dalam banyak banyak tu aku berkenan  Taska Hasanah  Taska Hasanah (Kota)  kat seksyen 6. Yuran bulanan pun murah RM390. Pendaftaran dalam RM300++. Tapi aku tak isi borang lagi. Husband macam taknak hantar anak ke situ.

Ni pun aku masih survey lagi. Kalau kat rumah kami memang ada. Cuma aku check dengan JKM macam tak daftar je. 

Kenduri Kawen Sepupu

We at Muzium Diraja
Sabtu lepas kami ke kenduri kawin sepupu anak busu di muzium diraja. Kami gerak awal sebab kene amik angah anak kaklong di um. Kak long terpaksa gerak lewat dari rumah sebab anak dia demam kene hantar ke klinik dulu.

Kami sampai awal kat muzium diraja. Tak susah nak cari sebab pakai gps kereta je. Aku tak pernah melawat muzium ni. Kira best la sebab dapat gi tengok muzium sesambil attend kenduri sepupu. Busu keje kat sini dulu. Sekarang dia dah pencen. Majlis anak dia memang buat kat tempat kerja dia dulu la. Sebelum ni anak sulung dia buat majlis kawin kat muzium negara waktu malam. kali ni giliran adik dia plak, buat kat muzium diraja.

Sebelum makan kenduri kami terus gi muzium dulu. Orang tak ramai lagi. Kami pun merayau la dulu. Dalam tengahari gitu, baru gi makan kenduri. Dalam muzium ni macam rumah besar la. Ada ruang Agung nak berehat, jumpa menteri, bilik bacaan, bilik mandi dan macam macam lagi la. Semua lengkap dengan perabot yang cun cun. hehehe.

Dua tingkat muzium ni. tak boleh amik gambar dalam muzium. So kami amik luar je la. Ada guard yang jaga kalau amik gambar jugak kene sound.

Sekianla citer weekend kami sabtu lepas.

Friday, November 17, 2017

Kisah mainan berlagu

Main kuda
Main kereta

Anakanda sufiyah pantang kalau nampak mainan ada lagu camni kalau pegi shopping kompleks. Pasti dia nak cube naik dan main. Terpaksalah umi dia tukar duit kepada token. Nasib baik kosnya RM1 je sekali main. Memang dia akan main puas puas kalau jumpa mainan ni.

Benda wajib dia main kalau gi tesco rawang. hahaha....umi dia terpaksalah melayannya.

Mission Board

Mission Board


Mission Board ni dibuat khas untuk tahun 2018. Dapat idea daripada seorang founder produk perfume terkenal. Biar saya jelaskan untuk image yang pertama bermula dari kiri atas yea. Yang pertama mestilah nak tambah anak. Dapat kembar pun lagi bagus. Yang kedua pun anak jugak.
Nampak sangat anak tu penting kan.

Yang ketiga gambar di tengah tengah ialah rumah banglo besar. Nak dapat rumah ni kene gaji sebulan sekurang kurangnya RM20k. hahaha... ntah bila la nak dapat gaji camtu.

Yang keempat mestilah duit cash banyak di bank. Yang keempat dapat keje di bangunan besar dan ternama. Kedudukan dah kukuh. Alhamdulillah yang ni dah dicapai sekarang. Tapi letak jugak nak bagi motivasi kat diri.

Yang terakhir sekali duit banyak. Hahaha...mata duitan  betul kan. Kan ada pepatah kata duit bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan duit.

Sekian mission board saya. Perlu lebih detail lagi sebenarnya.
Buat masa ni yang ni dulu nak tunjuk.

Thursday, November 16, 2017

Apabila Sufiyah Masuk Opis Umi

Hello Ayah!

Huhuhu...anakanda sufiyah di opis umi..

Umi colek dia kejap dari penjagaan pengasuh mama dia. Tengahari umi ambik dari rumah pengasuh dan sampai opis dalam kul 2 ptg gitu. Muka nampak hepi je sebab kene bawak gi jalan. Kalau dok rumah mesti boring kan sufiyah.

Sampai kat opis umi, terus duduk kat kerusi umi. Eksyen pegang telefon nak cakap ngan ayah. Anakanda sufiyah memang seorang anak yang bijak. Umi tak ajar pun suruh pegang telefon camtu. Suruh duduk kat tempat umi dan buat eksyen gaya keje.

Petang tu balik rumah terus tido keletihan sebab umi tak bagi tido kat tempat keje. Hahaha....

Lagi Exam Spa

Peperiksaan Akauntan W41

Alhamdulillah dipanggil lagi untuk kali yang entah ke berapa. Hahaha sebab dah banyak kali ambik exam spa tapi semuanya tak lulus. Aku tetap terus mahu mencuba dan terus mencuba lagi. 

Kali ini exam pada jumaat lepas. Dah berjaya ambik exam walau berebut ho dengan anakanda sufiyah. Umi tetap nak ambik exam ni nak ooii. 

Result insyaallah keluar 20h Nov isnin depan. Entah lulus entahkan tidak. Walau apapun peluang jangan disia-siakan.


Info Untuk Anak Selangor

SKIM-SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR

Many still do not know the merits of being a Selangorian or permanent resident in Selangor. Please have a read & apply where applicable.

Ramai penduduk tetap Selangor tidak tahu bahawa ada bantuan yang sedia ada. Sila rujuk link yang tertera dibawah. 

1. Newborn/kelahiran/: RM 1,500 (TAWAS).
🌐 http://www.tawas.org.my/

2. Nursery assistance/penjagaan anak: RM100 setiap bulan. (SiKembar)
🌐 http://e-sikembar.org

3. Pre-school assistance/pendidikan pra-sekolah RM50 (TUNAS).
🌐 http://e-tunas.org

4. University students/bantuan pelajar university: RM1,000
🌐 https://hpipt.selangor.gov.my/

5. Skim Pinjaman Pelajaran dan Peduli Siswa
🌐  http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

6. Funeral expenses for senior citizens & OKU/perbelanjaan pengebumian : RM2,500 (SMUE)
🌐 e-mesra.org.my

7. Free water/air percuma: 20m cube/month.
🌐 http://ipr.selangor.gov.my/air-percuma-setiap-bulan/

8. Microcredit business loans without interest/pinjaman mikro kredit tanpa faedah: Up to RM50,000 (Hijrah).
🌐 http://www.hijrah-selangor.com/

9. Wedding/perkahwinan: RM500/person (Insentif Perkahwinan).
🌐 https://i-kahwin.selangor.gov.my/

10. Medical check up for women: (Mammogram)
🌐 http://ipr.selangor.gov.my/skim-kesihatan-wanita/

11. Free SPM tuition/tuisyen SPM percuma: (Pusat Tuisyen Rakyat SPM)
🌐 http://ipr.selangor.gov.my/pusat-tuisyen-rakyat-selangor/

12. Skim Peduli Sihat
Free Health Card worth RM500 (family) and RM200 (individual).
🌐 http://www.pedulisihat.com/

13. Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp)
🌐  http://ipr.selangor.gov.my/program-bantuan-food-stamp/

14. Khidmat Bas Selangorku PERCUMA
🌐   http://ipr.selangor.gov.my/khidmat-bas-selangorku-percuma/

15. Perkhitmatan Wifi Selangorku PERCUMA
🌐  http://ipr.selangor.gov.my/wifi-smartselangor/

16. Skim Rumah Selangorku
🌐  http://ipr.selangor.gov.my/skim-rumah-selangorku/

17. Bantuan Kesihatan Selangor: RM 5000
Percuma untuk dialisis buah pinggang/pembedahan kecil/katarak mata/kaki palsu/lain2 permohonan
🌐 http://bantuansihat.selangor.gov.my/

18. Program Dana Usahawan Mikro Selangor
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

19. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Selangor
Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

20. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin
Bantuan bina baru bagi rumah yang daif
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

21. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Selangor
📌 Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

22. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500
📌 Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor

23. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000
📌 Hubungi Pejabat Adun

24. Program Bantuan "Back To School":
📌 Hubungi Pejabat Adun

25. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100
📌 Hubungi Pejabat Adun

T&C apply. For more info, please visit any of your Pusat Khidmat ADUN or log onto
🌐 http://ipr.selangor.gov.my/*

If you're not a Selangor resident, do help spread the information. Every bit helps.


Alhamdulillah Sufiyah lahir di Hospital Selayang. Dah jadi anak selangor dia. Insyaallah dapatla dia merasa kelebihan jadi anak selangor. Umi dia orang pahang. Ayah dia orang melaka. Adil lah kan anak orang selangor.

Sufiyah gunting rambut

Sufiyah gunting rambut
Kali pertama anakanda sufiyah gunting rambut. Memang dah panjang pun. Nak menutup mata dan susah nak makan. Asik rambut masuk mata je. Nak harapkan umi dan ayah dia gunting memang takla. Asik bergerak kalau tengok kite pegang gunting.

Misi umi dan ayah nak gunting rambut dia asik terbantut je. Kalau dapat gunting pun, mesti gongot (paham ke bahasa orang pahang ni). Akhirnya dapat jugak pendekkan rambut puteri umi dan ayah ni. Dia duk diam je bila amoi tu letak kain kat badan dia. Duk tengok amoi tu nak buat apa kat dia. Hahaha...lawak gak la masa tu.

Nanti anakanda sufiyah dah besar boleh tengok gambar ni. Gunting rambut kat kedai kat pahang masa balik raya dulu.

Cerite lama

Arwah Mak
Gambar ini pula kenangan raya tahun 1997 kalau tak silap. Semasa aku mengambil peperiksaan PMR. Arwah mak sangat uzur masa ni. Pergerakan terhad hanya di dalam rumah. Kalau nak keluar berjalan boleh cuma kene duduk dalam kereta je la.

Arwah mak meninggal ketika aku sedang di pengajian tahun akhir di universiti. Tahun di mana aku akan menaiki pentas untuk mengambil skrol ijazahku. Emak tidak sempat untuk menyaksikan anaknya tamat pengajian.

Arwah emak meninggal kerana sakit tua. Walaupun umur emak dalam lingkungan 60-an ketika dia meninggal, namun mungkin kerana emak terlalu sibuk bekerja mencari wang untuk membesarkan kami adik beradik. Dia terlupa akan kesihatan dirinya. Arwah emak nazak kerana tidak lalu makan. Semua makanan yang masuk ke dalam mulutnya akan dikeluarkan semula. Memang sedih mendengar suara muntah dia mengeluarkan makanan semasa dia sedang nazak. Badan emak memang susut akibat dari tidak lalu makan. Akhirnya, setelah sebulan lebih nazak, emak pergi meninggalkan kami adik beradik. seingat aku tahun 2006. 28 Januari 2006, itulah tarikh keramat emak meninggalkan kami. Aku sedang bersiap untuk ke tempat kerja di universiti. Aku terima panggilan telefon dari kakak dalam pukul 3.45 petang. Menyuruh aku segera pulang kerana emak telah tiada.

Aku bergegas ke hentian bas untuk membeli tiket pulang ke kampung. Bimbang tiket kehabisan aku bertindak segera dan tanpa berlengah lagi. Sesampainya di rumah dalam pukul 8 malam. semua orang dah ada di rumah. Sanak saudara dan orang kampung ada datang ziarah untuk membacakan yassin. Sepanjang malam aku mengaji menemani mak sementara menunggu untuk dikebumikan keesokan harinya.

Pemergian emak aku terima dengan pasrah. walaupun jauh di sudut hatiku terkilan kerana tidak dapat  memberikan khidmat bakti apabila bekerja kelak.

Sehingga kini, kenangan bersama emak masih dapat kurasakan.Al fatihah untuk arwah emak. Semoag dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn...

Gambar Raye Kami

Raye 2016
Saje nak share gambar raye yang tahun lepas...almaklumla tak sempat nak cerite kejadian semasa raye 2016.

Kami plan nak beraya di Melaka tahun lepas. Tapi kita hanya merancang Allah yang tentukan. Kami terpaksa bergegas pulang ke Pahang malam ketiga sebelum raya. Kami mendapat panggilan telefon dari kakak mengatakan abah terlibat dalam kemalangan.

Semasa mendapat panggilan telefon aku beranggapan abah terlibat dalam kemalangan kecil saja. Namun, kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kemalangan tersebut meragut nyawa Abah yang kami sayangi. Abah pergi menyambut panggilan Ilahi di saat umat Islam bergembira untuk menyambut syawal.

Kami pasrah dengan apa yang berlaku. Semua adik beradik balik ke kampung beraya di Pahang. Bagiku kepergian abah ke alam sana adalah suatu yang tidak diduga. Dua minggu sebelumnya kami sempat balik untuk berbuka dengan Abah. Tidak kusangka itu adalah kali terakhir aku mencium tanggannya dan bercakap dengannya.

Abah pergi dalam usia yang telah memasuki 80-an. Abah masih kuat bekerja di kebun dan menoreh getah. Malah dia mampu untuk berjalan kaki dalam jarak 2km tanpa lelah. Itulah abah kami yang kami sayangi. Abah juga merupakan tok imam di kampung kami. Usai memandikan jenazah di hospital, jenazahnya dibawa terus ke masjid tempat dia bertugas. Semua orang yang ingin menziarahinya boleh ke masjid.

Raya kami pada tahun tu terasa hambar kerana ketiadaan abah. Namun, masing masing sudah punya keluarga sendiri, sekurang-kurangnya terubat rasa sedih kami atas kehilangan abah.

Al-Fatihah untuk arwah abah. Semoga rohnya ditempatka di kalangan orang yang beriman. Aminnn...


Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...