Wednesday, April 27, 2016

Setahun Berlalu....

Salam kembali kepada semua....post terakhir adalah promosi produk Shaklee...dah lama join Shaklee baru nak promote...hehehe...

Bulan Apr ni genap setahun bekerja di Kota Damansara ni. Biar saya ceritakan kenapa saya berpindah ke Kota Damansara ni. Sebelum ni bekerja di Temerloh, Pahang. Kini dah setahun di Kota Damansara.

Semuanya kerana family kecil kami supaya dapat tinggal sebumbung. Semasa pemindahan ke sini, saya sedang mengandungkan Anakanda Sufiyah 3 bulan. Alhamdulillah, syukur dapat pekerjaan di sini dan memulakan hidup baru dengan suami tersayang di sini.

Selama enam bulan mengharungi kehidupan baru dengan kerja dan suasana tempat tinggal baru. Pada bulan September lahirlah puteri sulung keluarga kami. Nama diberi Sufiyah Sayyidah Bt Saipul Bahri. Sekarang, telah setahun berlalu....terasa kejap benar masa berlalu...kini anakanda sufiyah telah pun berusia tujuh bulan setengah. Semakin lincah dan cerdik. Lasak toksah cakap la...semua benda yang dia jumpa masuk dalam mulutnya. Keletahnya juga sangat mencuit hati. Senyum tidak pernah lekang dari bibirnya.

Ini gambarnya ketika usia enam bulan...

Nanti saya cerita lagi gelagat dan keletah Sufiyah.



Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...