Friday, October 17, 2014

Esok Temuduga Penguasa Kastam

Minggu ni saya agak bizi dengan kerja...esok dah menghampiri ke hari temuduga...saya tidak banyak dapat masa untuk study tentang GST dan kastam...cuma join group kat fb yang memberi banyak maklumat tentang interview tersebut...kelmarin saya baru saja habis training UBS GST selama dua hari di kl sentral...seronok jugak dapat pergi training tu...alhamdulillah,syarikat bagi peluang untuk staff yang akan terlibat secara langsung dengan GST...dapat lah sedikit sebanyak info tentang UBS GST ni...

selepas ni mungkin ada lagi training seperti itu daripada pihak HQ...diorg kene buat training macam ni memandangkan syarikat saya bekerja memang terlibat secara langsung dengan barangan GST ni...

pada pendapat saya, GST tidak lah menyusahkan malah menyenangkan banyak pihak...mungkin untuk permulaan ia akan nampak susah dan terlalu banyak dokumen yang perlu disediakan...bagi saya tempat saya bekerja memang nampak susah pada mulanyan nanti...tetapi selepas ianya dipraktikkan...harap ianya dapat memudahkan banyak pihak terutama pembeli dan penjual...

 

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...