Tuesday, May 22, 2018

Si Comel Sufiyah Beraya

Tajuk macam sudah tidak sabar untuk menunggu bulan Syaaban dan menyambut raya. Kita berpuasa baru enam hari. Saya ingin kongsikan dengan pembaca tentang pemakaian tudung untuk si manja sejak dari kecil lagi.

Bagi anakanda Sufiyah saya memang sudah mengajarnya untuk memakai tudung sedari kecil. Sehingga kini dia berusia dua tahun lebih memang diajar untuk memakai tudung. Pilihan tudung untuk Sufiyah saya suka yang simple dan mudah untuk dipakai.

Untuk raya tahun ini, saya memilih yang simple dan mudah dipakai. Gambar dibawah tudung yang mempunyai awning lembut dan kain nipis supaya tidak panas. Susah juga saya nak memilih tudung untuk Sufiyah pada raya tahun lepas kerana perlu sesuaikan dengan warna tema baju yang kami pilih.

Tudung kuning rama rama untuk anakanda Sufiyah pada tahun lepas
Sedang berjalan-jalan di wall FB tertengok pulak koleksi tudung untuk si manja sempena sambutan raya untuk tahun ini. Di sini saya kongsikan antara koleksi yang menarik untuk dimiliki.

Tudung Elmyraa (warna Biru)


Salah satu pilihan tudung untuk Sufiyah ialah Tudung Elmyraa (Rolay Blue). Tudung ni ala ala shawl gitu sebab macam ada lilitan di atas kepala. Ada pilihan warna purple, pink, sky blue dan red.
Tudung Arfaa (warna biru muda)

Satu lagi pilihan yang simple dan mudah ialah Tudung Arfaa. Sama jugak ada pilihan warna biru, coklat, ungu, hijau, merah, hitam dan pink. Tudung ni pakai dua tona warna. Untuk awning warna lain dan untuk tudung warna lain. Sesuai untuk ibu ibu yang suka simple dan mudah untuk anak anak.

Tudung Adawiyah Instant Hoodie
Tudung Adawiyah ini pun ok jugak sebab mudah dan simple. Cuma sarung saja. Bentuknya seolah olah jambangan bunga. Pilihan warna ada biru, merah, hijau dan hitam. Tudung Adawiyah ada dua tona warna.

Sebenarnya banyak lagi pilihan tudung untuk Sufiyah. Kalau ibu ibu nak tengok lebih pilihan lagi, boleh ke laman web Tudung Si Comel


No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...