Monday, September 8, 2014

28th AGM MIA (Malaysian Institute of Accountant)..

Baru dapat jemputan ke AGM MIA member ni tadi...ni kali pertama join AGM MIA....baru je dapat jadi ahli MIA Nov tahun lepas...dan baru je renew subscription newsletter Accounting Today Julai lepas...kene bayar RM400 untuk yuran pembaharuan...saya bukanlah practice untuk buka firma akaun...masih lagi bekerja di sektor awam...cuma teringin nak jadi ahli MIA ni...hehehe...

Sebelum ni memang karier saya berkisar tentang akaun...sebaik sahaja tamat pengajian di UM...saya terus balik kampung dan cari kerja disini...pada masa tu semangat nak kerja dan timba pengalaman buat akaun ni berkobar kobar...alhamdulillah, dapat la kerja di syarikat setiusaha...adalah terlibat sedikit sebanyak dengan akaun dan audit ni....dua tahun jugak la pengalaman kat situ...penglibatan dalam akaun dan audit kat situ kurang kerana syarikat yang terlibat kecil dan sederhana sahaja....saya pun mahu mencari lagi peluang kerja yang lain pula....berhijrah ke Kuala Lumpur pada masa tu bukanlah pilihan utama saya....namun semangat mahu mencari pekerjaan lain mengatasi segala galanya....lantas memohon kerja di firma audit di gombak...kerja di situ bertahan hanya dua bulan apabila saya mendapat tawaran rakan sekerja untuk menggantikan tempat dia bekerja di kampung semula...dengan tidak berfikir panjang saya terus memohon kerja yang rakan cadangkan dan alhamdulillah saya diterima bekerja di syarikat yang sedang saya bekerja sekarang...

Sehingga ke hari ini saya masih berada di syarikat itu dan masih terlibat dengan kerja-kerja akaun...setelah hampir lima tahun di syarikat sekarang dan dua tahun di syarikat lama terlibat dengan kerja-kerja perakaunan membuat kan semakin pakar di dalam bidang perakaunan...ditambah lagi dengan syarikat sekarang yang terlibat di dalam industri manufacturing kemahiran akaun yang saya perolehi semakin berkembang dan bertambah mahir...saya tidak bercita-cita untuk mengubah karier saya ke bidang yang lain...tetapi sekiranya peluang lain yang lebih baik dan lebih selesa daripada sekarang yang saya boleh dapat , mungkin juga saya akan tinggalkan pekerjaan yang sedang saya lakukan sekarang....

Hanya masa dan keadaan yang menentukan....


Anda Berminat nak tahu tentang asas Akaun ...klik di sini.... 

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...