Sunday, September 7, 2014

Kenapa saya tulis blog...



Sebelum blog ni wujud sebenarnya saya sudah ada dua tiga blog peribadi. Saya menulis kembali kerana ingin mengabadikan kenangan hidup saya bersama yang tersayang. Sebelum ini saya hanya menulis berkisar kehidupan peribadi. Kali ini a new chapter in my life is begin...semuanya untuk menjadi kenangan dan rujukan di masa depan. Kalau sebelum ini kita ada album gambar dirumah untuk menyimpan gambar kenangan semasa berkahwin,honeymoon dan sebagainya. Nah sekarang kita ada blog yang memudahkan dan memelihara kesemua gambar dan kenangan kita agar tidak hilang. 
kalau nak ikutkan gambar saya semasa kecil memang banyak diambil dulu. Tetapi disebabkan mak ayah kita yang hanya menyimpan gambar di dalam album,ianya hilang entah kemana...ditambah pula dengan keadaan rumah lama yang akan dibuat baru,maka kedudukan album lama tersebut hilang entah kemana...

Selain itu, blog adalah trend terkini untuk mendapatkan maklumat dan juga sebagai platform  bisnes bagi yang minat berbisnes online. Ada banyak website yang menyediakan pendaftaran untuk blog secara percuma seperti blogspot,wordpress,blogdrive dan macam macam lagi...Saya sebagai pengguna blog tidak mahu ketinggalan untuk menulis kembali dan kembali ke dunia blogging ni...

Harap momentum untuk berblog ni kekal lama dan konsisten...cabaran untuk berblog bagi saya ialah kekangan masa untuk meng'update' aktiviti hari-hari...saya akan cuba untuk disiplin diri supaya blog ini dapat di'update' hari hari...Ada juga dikalangan kita yang berblog hanya untuk mengisi masa lapang...disamping itu dapat juga menjana pendapatan sampingan dengan membuat iklan seperti nuffnang dan sebagainya...Bagi blogger yang aktif,dia akan mengumpulkan kesemua ahli keluarganya dan mereka dapat mengetahui aktiviti terkini ahli keluarga terutama yang tinggal  berjauahan seperti seorang di utara dan seorang di selatan....
Bagi tujuan bisnes online, blogger akan cuba untuk mengumpul sebanyak mungkin networking dengan blogger popular supaya dapat menyokong kesinambungan bisnes online yang dilakukannya....

Sekianlah pendapat saya mengenai penulisan blog ini...setiap pendapat daripada blogger lain adalah dialu-alukan....

Mahu Tahu Rahsia Menulis....Klik Sini....

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...