Saturday, September 6, 2014

Spa oh Spa... Exam Penguasa Kastam Gred W41

1. Hari ni saya terlibat dengan exam spa online...alhamdulillah dapat panggilan exam online penguasa kastam W41 bulan ogos lalu...hari ni dapat la menduduki exam online tu...pada awalnya memang tak dapat log in gara-gara tak faham password yang pihak spa minta untuk online exam...saya ingatkan password untuk log in sistem spa...rupa-rupanya angka giliran yang diberi seperti di dalam email lalu...selepas berwasap dengan member baru dapat tau password tu angka giliran tu...
2. Dah dpt log in dengan susah payahnya, soalan pulak tak muncul muncul lagi....masa tu dah pukul 10.30 pagi....dah memang terlepas sesi soalan pertama...nak masuk sesi soalan kedua dah...puas refresh....puas log in...puas tutup bukak tetingkap tu....daripada browser internet explorer sampai la tukar kepada mozilla....akhirnya dalam pukul 10.45 kalau tak silap baru dapat jawab sesi kedua....tu pun terlepas sesi pertama...yang sesi kedua ni pun tetibe je muncul lepas dan puas refresh bagai...jawab jugak la walau dalam hati Tuhan yang tahu tahap kesabarannya...tu pun ada soalan yang takde gambarajah...pun pakai jawab jer walaupun tak tau soalan nak apa...
3. Dah siap tu...tunggu pulak untuk sesi ketiga....tempoh masa menjawab memang sistem ikut la....cuma bukan dalam real time...sesi ketiga pulak dah beralih browser ke mozilla...sebab explorer memang tak keluar keluar walau dah banyak kali refresh...nasib baik sesi ketiga ok sikit la...masa ngam ngam....200 soalan tu boleh jawab semua la....dah tamat exam sesi ketiga tu pulak nak submit ke server punya la lama nya..masa tu dah tawakal kalau kalau server tak terima jawapan...nasib baik lepas ok je....
4. sekian la pengalaman saya ambil exam online penguasa kastam W41....ni kali pertama saya amik exam online ni...adalah sedikit pendapat yang tidak seberapa dari saya tentang usaha spa ini untuk buat exam online pada masa akan datang....
Kebaikan:
1. calon tidak perlu berhabis minyak,tol dan belanja untuk pergi ke tempat peperiksaan
2. calon juga tidak perlu bersusah payah mencari tempat exam kalau ditempatkan di tempat yang jauh dari kediaman masing masing
3. jimat masa,tenaga dan wang bagi yang perlu mengambil cuti jika bekerja mcm saya ni
4. usaha spa ini patut dipuji kerana mahu mengubah sistem peperiksaan manual sebelum ini kepada sistem online
5. pihak spa juga perlu mengambil langkah pembaikan supaya semua calon dapat mengambil bahagian di kesemua sesi soalan yang sedang berlangsung

Sekian lah pendapat yang tidak seberapa dariku yang mengambil exam online ni...

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...