Sempena cuti umum hari malaysia kali ni saya dan suami pulang ke kampung halaman di Melaka...kali ini cuti agak panjang,maka sempatlah kami melawat ibunda yang membuat demo masakan kuih tradisional di Taman Mini Malaysia...saya juga turut sama melihat ibu memasak secara tradisional kuih ros atau kuih loyang....
sebenarnya setiap kali pulang ke kampung suami aku begitu teruja kerana jarang aku dapat berjalan jalan seperti itu kalau tidak ada sebab yang penting..kalau tak silap saya pernah mengikut rombongan sekolah ke melaka kira kira 20 tahun lepas...memang agak lama jugak...itupun sebab rombongan pihak sekolah yang aturkan, kalau tidak memang tidak merasalah jalan jalan makan angin ke kota bersejarah Melaka....
pagi tadi kami bertolak pulang dari melaka ke rumah kami di temerloh...perjalanan mengikuti jalan temerloh-triang-bera-gemencheh-rompin-melaka membuatkan kami agak serik untuk melalui jalan tersebut sekiranya perlu pulang ke kampung...kami biasanya akan melalui jalan plus highway yang sememang cepat dan mudah....
bulan depan kami akan pulang semula ke kampung halaman di melaka...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik di blog
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami sekeluarga warna biru ku...
-
Tahukah anda, anda boleh membuat semakan secara online mengenai caruman Perkeso yang dibuat oleh pihak majikan setiap bulan. Dengan hanya me...
-
Alhamdulillah....berjaya jugak lulus exam Penguasa Kastam ni...terima kasih diucapkan kepada pihak SPA yang memberi peluang kedua kepad...
-
Alkisah hujung tahun ni sibuk nak search taska untuk sufiyah. Tahun depan dia dah masuk 3 tahun. Dah sesuai untuk hantar dia ke taska. Inst...
No comments:
Post a Comment