Sesuai dengan tajuk dilema...Makan Gaji atau Bisnes Sendiri....kebanyakan orang zaman sekarang lebih suka makan gaji sahaja...semasa dari kecil lagi mereka diasuh oleh ibubapa supaya apabila sudah dewasa kelak akan mendapat pekerjaan yang boleh menyara hidup mereka...tidak kurang juga terdapat mereka yang menyimpan cita-cita untuk bekerja dengan kerajaan supaya kehidupan mereka terjamin dari segi pendapatan...namun begitu, hakikatnya pada masa sekarang, kerja makan gaji sudah tidak menjadi pilihan kebanyakan muda mudi zaman sekarang...terdapat segelintir daripada mereka yang lebih suka kepada mencari rezeki dengan cara sendiri...
Bagi kaum lelaki mungkin mudah untuk mereka bekerja makan gaji dan mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan oleh majikan masing-masing. Tetapi, bagi kaum wanita mungkin agak sukar kerana terikat dengan kerja rumah yang menjadi rutin harian seperti mengemas rumah,memasak,menyediakan keperluan harian dan sebagainya...tugas rumahtangga ini menjadi semakin mencabar apabila kaum wanita telah berumahtangga....tempoh masa 24 jam sebelum ini yang dinikmati oleh kaum wanita yang belum berumahtangga telah dihabiskan dengan waktu bekerja sahaja dan sedikit tugas harian di rumah telah beralih kepada separuh masa untuk keluarga dan juga separuh masa untuk mencari wang bagi mengurangkan bebanan sang suami...ramai wanita yang sudah berumahtangga lebih suka memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa supaya masa dapat dihabiskan bersama keluarga disamping mengurus rumahtangga dengan bijak....
Akhir sekali, banyak pilihan untuk mereka yang ingin bekerja sendiri daripada makan gaji terutama bagi mereka yang gemar melayari internet dan juga berblog...bagi mereka yang suka bisnes sendiri terdapat banyak pilihan untuk menjadi peniaga atau usahawan berjaya....
1. Usahawan Emas...
2. Bisnes Ikan Tilapia...
3. Panduan Dan Penternakan Arnab...
4. Panduan Bisnes Burger...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menarik di blog
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami sekeluarga warna biru ku...
-
Tahukah anda, anda boleh membuat semakan secara online mengenai caruman Perkeso yang dibuat oleh pihak majikan setiap bulan. Dengan hanya me...
-
SKIM-SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT SELANGOR Many still do not know the merits of being a Selangorian or permanent resident in Selangor. Pleas...
-
Ini adalah jalan yang menghubungkan Desa Murni Kerdau dengan Kg Peragap...ataupun dengan kata lain jalan utama Temerloh-Jerantut....nampak...
No comments:
Post a Comment