Friday, April 27, 2018

Lawatan Kedua Sufiyah Ke Kuala Gandah, Lanchang

 Panas teng teng ... meleleh peluh...tapinya semangat nak tengok gajah tak luntur...
Tengok je orang bagi makan gajah...


Cerita ini telah lama berlaku. Terlupa bila tarikhnya. Yang pasti dalam ingatan masa lawatan kami ke sini cuaca memang panas teng teng. Meleleh peluh bagai. Sufiyah sampai basah basah baju sebab peluh. Kami sampai sana orang belum ramai lagi. Dapat la tengok persembahan gajah pukul 2.00 petang. Kesemua gajah yang ditempatkan di sini diperolehi dari hutan simpan negeri Pahang. Ada juga yang diperolehi dari luar.Ada seekor gajah yang kakinya cacat sebab terkena jerat semasa berjalan di dalam hutan. Ia diselamatkan oleh pasukan dari Kuala Gandah ini.

Acara yang ditunggu tunggu oleh penonton ialah acara bagi makan gajah. Cuma kami tidak sempat nak tunggu sebab cuaca memang panas. Saya dah ajak ayah Sufiyah balik sebab memang tidak tahan dengan cuaca yang panas. Kami pulang terus ke Rawang petang tu.

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...