Thursday, April 26, 2018

Lawatan Ke Zoo Melaka

Tajuk : Melawat Zoo Melaka
Tarikh Lawatan: Bulan Mac 2018

Pagi lagi kami sekeluarga bergerak ke Zoo Melaka. Ini adalah zoo pertama anakanda Sufiyah melihat sendiri haiwan dengan lebih dekat lagi. Sebelum ini Sufiyah hanya tengok haiwan Gajah je. Sebab itu antara nama haiwan yang dia sangat pandai sebut ialah gajah. Pantang nampak gajah pasti disebutnya.

Zoo Melaka mempunyai banyak haiwan yang boleh dilihat. Kami buat dua kali pusingan di dalam zoo. Pusingan pertama jalan kaki dan boleh tengok haiwan berlama-lama di suatu tempat. Pusingan kedua menaiki tram. Jika kita menaiki tram, hanya boleh tengok dari dalam tram sahaja. Dan tidak boleh menunggu untuk melihat haiwan.

Saya letak gambar semasa lawatan ke Zoo Melaka. Dibawah gambar saya letak penjelasan mengenai gambar.


 Bergambar bertiga di hadapan kandang badak sumbu. Tapi badaknya malu malu nak keluar.

Ayah dan Sufiyah sedang sibuk melihat badak yang tidak mahu keluar.

 Berlatarbelakangkan harimau yang sedang enak tidur dibawah pepohon batu.

 Seronok dapat pegang dan bermain dengan arnab

 Bagi makan arnab sambil bermain. Sebakul makanan arnab RM5.00. Sufiyah tidak mahu keluar kandang kalau dia tidak dapat bagi arnab makan.


No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...