Wednesday, April 25, 2018

Alzaku Dilanggar Belakang

Ini kereta Alza kesayangan saya. Kereta kedua selepas Myvi yang telah digunakan selama lebih kurang 10 tahun. Nanti saya tulis mengenai kereta Myvi tu di entry yang lain ya. Kereta Alza ini sudah setahun digunakan. Baru tahun ini tahun pertama untuk memperbaharui cukai jalan. Namun, belum sempat untuk perbaharui telah berlaku insiden langgar dari belakang.

Memang perasaan masa tu marah sangat kepada yang melanggar. Insiden pertama berlaku pada Januari 2018 dan yang kedua berlaku pada Mac 2018. Perlanggaran pertama saya tidak ambil tindakan undang-undang disebabkan lupa untuk mengambil segala maklumat pelanggar seperti no plat kereta dan jenis kereta. Lagipun kerosakan tidak lah ketara sangat.

Perlanggaran kedua baru saya ambil tindakan undang-undang. Sebaik sahaja selepas perlanggaran saya terus pergi ke Balai Polis Trafik yang berhampiran. Petang itu juga saya buat laporan. Lewat pula ambil Sufiyah masa itu. Saya dibantu oleh seorang yang tidak dikenali untuk membuat laporan. Rupa-rupanya orang tersebut ialah 'claim advisor' untuk kereta perodua.

Dia menawarkan khidmatnya untuk menguruskan urusan tuntutan insuran kerosakan kereta saya. Saya terus menerima tawaran dia. Keesokan harinya saya pergi ke bengkel untuk membuat laporan di bengkel pula. Saya memilih untuk tidak meninggalkan kereta di bengkel. Nasib baik sekarang ada pilihan tersebut. Pada lawatan kali pertama tersebut saya hanya menyerahkan dokumen dan pihak bengkel mengambil gambar dan keterangan mengenai insiden yang berlaku.

 Seminggu kemudian, saya dipanggil lagi untuk 'adjuster' datang membuat penilaian. Selepas itu, saya perlu meninggalkan kereta kerana 'spare part' kereta telah sampai di bengkel. Saya memilih tarikh awal bulan untuk menghantar kereta. Saya dimaklumkan kereta akan ditinggalkan selama lima hari. Puas saya memikirkan bagaimana untuk ketempat kerja setiap hari.

Kebetulan tarikh yang saya hantar pilih untuk menghantar kereta suami pula 'outstation'. Bertambahlah kesusahan untuk bergerak pergi dan balik ke tempat kerja. Bermula lah episod pergi kerja naik KTM dan MRT. Sufiyah tetap dibawa bersama kerana suami 'outstation'. Selama lima hari juga lah saya berulang alik menggunakan kenderaan awam.

Kereta saya siap dibaiki pada hari sabtu. Terus sahaja ke bengkel apabila mendapat tahu kereta telah siap dibaiki. Sebaik melihat kereta telah dibaiki, saya memang puas hati kerana seolah-olah mendapat kereta baru. Keadaan dalam kereta telah dibersihkan. Bau seakan bau kedai. Hahaha....

Sekianlah cerita ceriti kereta saya di langgar belakang. berjumpa lagi di entry akan datang. Bye.

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...