Monday, November 20, 2017

Survey Taska Pilihan Sufiyah

 Alkisah hujung tahun ni sibuk nak search taska untuk sufiyah. Tahun depan dia dah masuk 3 tahun. Dah sesuai untuk hantar dia ke taska. Instead duk kat rumah mama pengasuh. Kalau kat taska boleh jugak dia buat aktiviti dengan kawan kawan. Ada la benda nak dibuatnya. Kalau duk rumah mama dia, duk main benda sama je la.

Nak survey taska yang sesuai untuk sufiyah memang susah. sama ada aku atau husband yang kene hantar ke taska. Kalau aku hantar, kene cari area opis aku. Memang banyak kat sini. Pilih je nak yang islamic ke, nak yang biasa biasa je. atau nak yang murah fees tapi aktiviti ala kadar je la. Kalau nak yang famous cam Brainy Bunch pun ada. Siap ada baner lagi nak cari budak untuk kemasukan tahun depan.

Yang paling dekat dengan opis aku little caliph. tapi dia hanya untuk budak 4-6 tahun je. Evergreen montessori pun ok jugak. Tapi fees dia agak mahal la. Sebulan RM550 fees untuk tahun depan. Registration fees lagi dalam RM400++. Semua aku masuk tanya, tengok persekitaran dan apa aktiviti diorang.

Taska yang biasa aku survey jugak. Taska Naluri Gemilang kat seksyen 6. Taska Ummi Bestari. Taska Ameen. Dan banyak lagi yang tak sempat nak survey masuk dalam. Dalam banyak banyak tu aku berkenan  Taska Hasanah  Taska Hasanah (Kota)  kat seksyen 6. Yuran bulanan pun murah RM390. Pendaftaran dalam RM300++. Tapi aku tak isi borang lagi. Husband macam taknak hantar anak ke situ.

Ni pun aku masih survey lagi. Kalau kat rumah kami memang ada. Cuma aku check dengan JKM macam tak daftar je. 

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...