Thursday, November 16, 2017

Gambar Raye Kami

Raye 2016
Saje nak share gambar raye yang tahun lepas...almaklumla tak sempat nak cerite kejadian semasa raye 2016.

Kami plan nak beraya di Melaka tahun lepas. Tapi kita hanya merancang Allah yang tentukan. Kami terpaksa bergegas pulang ke Pahang malam ketiga sebelum raya. Kami mendapat panggilan telefon dari kakak mengatakan abah terlibat dalam kemalangan.

Semasa mendapat panggilan telefon aku beranggapan abah terlibat dalam kemalangan kecil saja. Namun, kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kemalangan tersebut meragut nyawa Abah yang kami sayangi. Abah pergi menyambut panggilan Ilahi di saat umat Islam bergembira untuk menyambut syawal.

Kami pasrah dengan apa yang berlaku. Semua adik beradik balik ke kampung beraya di Pahang. Bagiku kepergian abah ke alam sana adalah suatu yang tidak diduga. Dua minggu sebelumnya kami sempat balik untuk berbuka dengan Abah. Tidak kusangka itu adalah kali terakhir aku mencium tanggannya dan bercakap dengannya.

Abah pergi dalam usia yang telah memasuki 80-an. Abah masih kuat bekerja di kebun dan menoreh getah. Malah dia mampu untuk berjalan kaki dalam jarak 2km tanpa lelah. Itulah abah kami yang kami sayangi. Abah juga merupakan tok imam di kampung kami. Usai memandikan jenazah di hospital, jenazahnya dibawa terus ke masjid tempat dia bertugas. Semua orang yang ingin menziarahinya boleh ke masjid.

Raya kami pada tahun tu terasa hambar kerana ketiadaan abah. Namun, masing masing sudah punya keluarga sendiri, sekurang-kurangnya terubat rasa sedih kami atas kehilangan abah.

Al-Fatihah untuk arwah abah. Semoga rohnya ditempatka di kalangan orang yang beriman. Aminnn...


No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...