Thursday, November 16, 2017

Cerite lama

Arwah Mak
Gambar ini pula kenangan raya tahun 1997 kalau tak silap. Semasa aku mengambil peperiksaan PMR. Arwah mak sangat uzur masa ni. Pergerakan terhad hanya di dalam rumah. Kalau nak keluar berjalan boleh cuma kene duduk dalam kereta je la.

Arwah mak meninggal ketika aku sedang di pengajian tahun akhir di universiti. Tahun di mana aku akan menaiki pentas untuk mengambil skrol ijazahku. Emak tidak sempat untuk menyaksikan anaknya tamat pengajian.

Arwah emak meninggal kerana sakit tua. Walaupun umur emak dalam lingkungan 60-an ketika dia meninggal, namun mungkin kerana emak terlalu sibuk bekerja mencari wang untuk membesarkan kami adik beradik. Dia terlupa akan kesihatan dirinya. Arwah emak nazak kerana tidak lalu makan. Semua makanan yang masuk ke dalam mulutnya akan dikeluarkan semula. Memang sedih mendengar suara muntah dia mengeluarkan makanan semasa dia sedang nazak. Badan emak memang susut akibat dari tidak lalu makan. Akhirnya, setelah sebulan lebih nazak, emak pergi meninggalkan kami adik beradik. seingat aku tahun 2006. 28 Januari 2006, itulah tarikh keramat emak meninggalkan kami. Aku sedang bersiap untuk ke tempat kerja di universiti. Aku terima panggilan telefon dari kakak dalam pukul 3.45 petang. Menyuruh aku segera pulang kerana emak telah tiada.

Aku bergegas ke hentian bas untuk membeli tiket pulang ke kampung. Bimbang tiket kehabisan aku bertindak segera dan tanpa berlengah lagi. Sesampainya di rumah dalam pukul 8 malam. semua orang dah ada di rumah. Sanak saudara dan orang kampung ada datang ziarah untuk membacakan yassin. Sepanjang malam aku mengaji menemani mak sementara menunggu untuk dikebumikan keesokan harinya.

Pemergian emak aku terima dengan pasrah. walaupun jauh di sudut hatiku terkilan kerana tidak dapat  memberikan khidmat bakti apabila bekerja kelak.

Sehingga kini, kenangan bersama emak masih dapat kurasakan.Al fatihah untuk arwah emak. Semoag dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn...

No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...