Thursday, January 15, 2015

Kisah Banjir Di Rumahku....

Ini adalah jalan yang menghubungkan Desa Murni Kerdau dengan Kg Peragap...ataupun dengan kata lain jalan utama Temerloh-Jerantut....nampak teruk sangat air mengalir deras dari arah sungai kiri ke arah paya kanan...jalan raya akhirnya runtuh sehingga tinggal separuh saja...
Ini pula jalan yang menghubungkan Tol Temerloh dengan bandar Temerloh-Mentakab...memang tidak pernah air naik sehingga ke paras dada begini...biasanya setiap tahun kalau banjir pun air naik sehingga paras tebing saja...banjir kali ini memang sangat dahsyat...
Ini adalah gambaran keseluruhan air tadi...memang besar sehingga ke hujung sana...banjir yang melanda pada kali ini sangat menggerunkan....sehingga rumah kami juga dalam berjaga jaga kerana parit sebelah rumah menakung air...
Ini pula di lubuk kawah berhampiran loji air...kami ingat sampai terus sehingga ke tebing sungai pahang...tetapi, sebelum sampai tebing sudah dipenuhi air...
Jalan Temerloh - Jerantut dari arah yang berlainan pula diambil...sungguh tragis jalan ni...sekarang kerja kerja pembaikan jalan sedang dibuat...

Sekian laporan dari rumah saya yang terlibat dengan banjir...kami terkepung selama dua tiga hari...mujur ada pihak yang prihatin menghulur bantuan makanan...kesemua penduduk memang terputus hubungan untuk membeli keperluan makanan dan sebagainya....


No comments:

Post a Comment

Menarik di blog

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ini gambar raya kami tahun 2017. Sufiyah dua tahun ketika ini. Tema kami  sekeluarga warna biru ku...